Minuman Netizen

Air Bandung ‘Unicorn Terlepas’, Simple Tapi Beri Kesegaran Tak Terperi

Air Bandung ‘Unicorn Terlepas’, Simple Tapi Beri Kesegaran Tak Terperi
Jawatan Kosong baker & pastry

Sedar tak sedar, sudah 11 hari kita berpuasa tahun ini. Antara air yang sangat popular bila masuk saja bulan puasa, mestilah air sirap bandung yang memang terkenal dengan rasa manis dan kesegaran tak terperi!

BACA: Resepi Air Cha Bang Ang Ala Thai, Penyedap Tekak Di Kala Cuaca Panas

Tapi, pernah tak anda terfikir untuk perbaharui resepi typical sirap bandung? Gabungan unik daripada susu full cream, whipping cream dan ekstrak bunga telang memang berikan rupa yang mengancam! Jom ikuti resepi special pembasah tekak daripada saudari Shazlin Shamira ni. Cara nak buat pun sangat simple dan jimat masa, tau. Selamat mencuba!

Air Bandung ‘Unicorn Terlepas’, Simple Tapi Beri Kesegaran Tak Terperi

Resepi Air Bandung Unicorn Terlepas

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar kordial sirap
  • 1 kotak kecil susu full cream
  • 10 gram bunga telang kering
  • Whipping cream
  • Air dan ais batu secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, masukkan ais batu yang secukupnya ke dalam gelas.
  2. Tambahkan 3 sudu besar kordial sirap dan sedikit air. (Nota: Campurkan bahan ini tanpa menggunakan gula).
  3. Selepas itu, campurkan dengan satu kotak kecil susu full cream.
  4. Kemudian, tambahkan ekstrak bunga telang dan sedikit air. (Nota: Rendamkan bunga telang kering terlebih dahulu bersama air panas).
  5. Akhir sekali, tambahkan whipping cream yang telah dipukul hingga kembang.
  6. Sedia untuk diminum!

(Nota: Untuk portion segelas).

Air Bandung ‘Unicorn Terlepas’, Simple Tapi Beri Kesegaran Tak Terperi

Air Bandung ‘Unicorn Terlepas’, Simple Tapi Beri Kesegaran Tak Terperi

Sumber: Tiktok darlinelly

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram