Sebelum ini, kalau nak makan Aiskrim Goreng leceh sikit sebab terpaksa keluar pergi kedai. Tapi musim cuti sekolah ini, apa kata ajak anak-anak cuba buat sendiri di rumah yang pastinya ianya sesuai untuk santapan seisi keluarga. Gabungan tekstur roti yang dimasak hingga garing dan aiskrim yang sejuk apabila digigit memang padu habis!
BACA: Tak Perlu Mesin Pengisar, Resepi Mango Bingsu Penyegar Cuaca Panas
Hari ni, kami ingin kongsikan resepi mudah Aiskrim Goreng oleh Darli Nelly. Hanya dengan menggunakan 2 bahan utama sahaja, anda boleh nikmati pencuci mulut yang lazat ni. Semua jenis perisa boleh, ikut citarasa anda sendiri. Boleh juga taburkan cip coklat atau chocolate rice di atas aiskrim untuk menambahkan keenakan rasanya.

Resepi Aiskrim Goreng
Bahan-bahan:
- Aiskrim vanila
- Roti
- Minyak masak secukupnya
- Icing sugar
Cara membuat:
- Pertama sekali, kaut aiskrim dan letakkan di tengah-tengah roti.
- Kemudian, letakkan satu lagi roti di atasnya dan tekankan sedikit.
- Selepas itu, ambil cawan atau gelas dan tekapkan roti berisi aiskrim di dalamnya.
(Nota: Pastikan anda tekap dengan kemas supaya isi aiskrim tidak terkeluar semasa digoreng). - Bekukan di dalam peti sejuk selama 3 jam terlebih dahulu.
Cara memasak:
- Panaskan kuali dan letakkan minyak masak.
- Apabila minyak sudah panas, gorengkan roti yang telah dibekukan.
(Nota: Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng untuk elakkan roti menyerap minyak). - Goreng dalam 10 hingga 15 saat.
- Apabila roti bertukar warna keperangan, angkat dan toskan minyak terlebih dahulu.
- Taburkan icing sugar di atasnya.
- Aiskrim Goreng siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
@darlinelly Taktahu lah fyp ke tak ni 😞#Easyrecipe#Tiktokmalaysia#Fyp#icecream
Sumber: Tiktok darlinelly
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi