Pencuci Mulut Netizen

Aiskrim Kopi Bersalut Coklat Gelap, Rasanya Setanding Pencuci Mulut Mahal

Aiskrim Kopi Bersalut Coklat Gelap, Rasanya Setanding Pencuci Mulut Mahal
Jawatan Kosong baker & pastry

Bila dah sedap makan lauk berat, mesti tekak teringin benda manis pula kan? Kalau anda selalu ke kedai untuk beli aiskrim, apa kata kali ni cuba buat sendiri di rumah pula. Gabungan kopi bersama coklat gelap yang bersalut di luar tu confirm buat anak-anak teruja nak try! 

BACA: Aiskrim Goreng Homemade, Pencuci Mulut Paling Mudah & Nikmat Rasanya!

Hari ni, kami ingin kongsi resepi mudah Aiskrim Kopi Bersalut Coklat Gelap daripada saudari Ain Aziz. Rasanya yang manis dan enak setanding dengan pencuci mulut mewah di luar sana. Bila dah siap, boleh share dekat media sosial pula sebab visualnya sangat menyelerakan. Jom mula!

Aiskrim Kopi Bersalut Coklat Gelap, Rasanya Setanding Pencuci Mulut Mahal
Kredit Foto: Cookby_ain
Aiskrim Kopi Bersalut Coklat Gelap, Rasanya Setanding Pencuci Mulut Mahal
Kredit Foto: Cookby_ain

Resepi Aiskrim Kopi Bersalut Coklat Gelap

Bahan-bahan: Aiskrim

  • 1 cawan whipping cream
  • 1 cawan susu pekat
  • 3 sudu besar serpihan coklat gelap
  • Serbuk kopi

Bahan-bahan: Salutan Coklat Gelap

  • Coklat gelap
  • Coklat masakan
  • Sedikit minyak masak

Cara membuat:

  1. Aiskrim: Putar whipping cream dan susu pekat menggunakan mixer hingga pekat dan gebu.
  2. Tambahkan serbuk kopi dan serpihan coklat gelap.
  3. Kacau hingga rata dan tuangkan ke dalam acuan aiskrim.
  4. Bekukan selama semalaman di dalam peti sejuk.
  5. Salutan Coklat Gelap: Cairkan coklat gelap bersama coklat masakan dan minyak masak menggunakan teknik ‘double boiling’.
  6. Apabila coklat cair, boleh tutupkan api dah sejukkan seketika.

Cara penyediaan:

  1. Keluarkan aiskrim yang telah dibekukan.
  2. Tuangkan campuran coklat di atasnya. (Nota: Anda juga boleh celupkan aiskrim ke dalam coklat).
  3. Aiskrim Kopi Bersalut Coklat Gelap siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
@cookby_ain

#fyp #malaysia #jommakan #makantime #easyrecipe #easycooking #tiktokcooking #ilovefood #foodviral #foodtiktok #coffee #popsicle #aiskrim #icecream

♬ original sound – Ain Aziz – Ain Aziz

Sumber: Instagram & Tiktok cookby_ain

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook