Netizen snek

Almond Bersalut Coklat Hanya 2 Bahan – Tak Sempat Raya, Habis Sebalang

Almond Bersalut Coklat Hanya 2 Bahan – Tak Sempat Raya, Habis Sebalang
Jawatan Kosong baker & pastry

Siapa je yang tak suka dengan Almond Bersalut Coklat, ni? Kuih ini antara kudapan raya yang sangat sedap dan mudah disediakan kerana tak perlu susah-susah nak uli doh. Bukan sahaja kanak-kanak, orang tua pun boleh licinkan sebalang.

BACA: Resipi Biskut Semperit Susu Dahlia Super Simple Gebu & Cair Di Mulut

Gabungan rasa rangup dan coklat pahit manis memang padu teruk! Paling best tu, tak payah pening sebab bahannya tak renyah. Ye, ada 2 jenis korang! Jom ikuti perkongsian daripada Puan Ameera ni. Kalau masak sekarang, entah-entah belum raya dah habis. Selamat mencuba!

May be an image of dessert

Resepi Almond Bersalut Coklat

Bahan-bahan:

  • 400gram badam hiris
  • 6 paket coklat

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, sangai badam selama 15 minit. (Nota: Gunakan api yang sederhana).
  2. Selepas itu, pindahkan badam tersebut ke dalam oven.
  3. Bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit.
  4. Ambil 6 paket coklat dan letakkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
  5. Gunakan kaedah double boiling iaitu letakkan mangkuk atas periuk yang berisi air mendidih.
  6. Kacau sehingga coklat cair.
  7. Apabila sudah cair, rehatkan dalam 15 minit.
  8. Apabila coklat sudah sejuk, campurkan badam. (Nota: Pastikan tunggu coklat sejuk dulu sebelum masukkan badam kerana keranggupan badam akan hilang jika masuk ketika coklat masih panas).
  9. Kacaukan sebati.

May be an image of food and text that says "Two burner gas cooker Û piezo ignition with Japanese Û more durability and Whirlwind burner"

May be an image of food and indoor

May be an image of indoor

May be an image of dessert

Cara penyediaan:

  1. Ambil sudu dan letakkan badam bersalut coklat di atas pelapik oven. (Nota: Bentukkan badam mengikut citarasa anda).
  2. Setelah itu, masukkan ke dalam peti ais selama 20 minit.
  3. Apabila sudah sejuk, boleh simpan di dalam bekas kedap udara. (Nota: Elakkan letak di bawah cahaya matahari kerana coklat boleh cair).

May be an image of dessert and indoor

May be an image of dessert

May be an image of dessert

Sumber: Facebook Ameera via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook