Netizen snek

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!
Jawatan Kosong baker & pastry

Bila sebut je tentang hidangan ikonik daripada Jepun ini, pasti ramai bayangkan resepinya sangat renyah dan bahan-bahan susah nak dicari. Tapi kalau dah teringin sangat makan waktu musim lockdown ni, jomlah belajar buat sendiri di rumah,

BACA: Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga

Ikut resepi Sushi Homemade yang dikongsi oleh Puan Anie Anie ni, anak dia yang berumur 15 tahun pun boleh buat tau! Di samping menjimatkan kos, tapi kualitinya tetap sama padu macam di kedai. Kalau ada rezeki, boleh jana pendapatan side income juga menerusi juadah ni!

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Resepi Sushi Homemade

Bahan-Bahan:

  • Beras khas Sushi
  • Telur
  • Sosej
  • Crabstick
  • Timun (dipotong panjang)
  • Kepingan seaweed
  • Kicap Manis
  • Sos cili
  • Bawang putih
  • Halia
  • Gula
  • Air

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Cara Membuat:

  1. Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  2. Kemudian, tuangkan sedikit cuka serta gaul rata. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng telur menjadi telur dadar. Angkat dan ketepikan.
  4. Celurkan sosej ke dalam periuk berisi air sehingga masak sempurna serta sangaikan isi ketam bersama sedikit minyak.
  5. Kemudian letakkan kepingan seaweed  ke atas penggulung sushi diikuti dengan nasi serta susunan sosej, timun, telur dan sedikit limpahan mayonis ke atasnya.
  6. Gulungkan dengan kemas sehingga menjadi sushi.
  7. Sementara itu campurkan kicap manis, sos cili, bawang putih, halia, gula dan air.
  8. Masakkan campuran kicap dan sos tersebut ke atas kuali sehingga gula larut.
  9. Tutup api dan angkat.
  10. Sushi Homemade siap untuk dicicah bersama campuran kicap dan sos. Selamat mencuba!

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Anak 15 Tahun Pun Boleh Buat, Mudah Saja Rupanya Buat Sushi Homemade Ni!

Sumber: Facebook Anie Anie via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram