Ayam Netizen

Ayam Goreng Pandan Ala Thai, Bau Semerbak Confirm Buat Kecur Liur

Ayam Goreng Pandan Ala Thai, Bau Semerbak Confirm Buat Kecur Liur
Jawatan Kosong baker & pastry

Keenakan Ayam Goreng Pandan memang tidak dapat disangkal lagi. Mana tidaknya, ia diperap dengan pelbagai jenis sos untuk berikan rasa manis yang boleh buat orang ‘ketagih’! Sebaik digoreng, aromanya yang semerbak mampu buat sesiapa saja terliur.

BACA: Resepi Padu Ayam Sate Merecik, Enaknya Dicicah Bersama Kuah Kacang!

Jika anda sudah muak jamah lauk ayam yang sama, jom cuba masak Ayam Goreng Pandan ni oleh Puan Raja Amanina yang mudah ini. Sangat lazat bila dicicah bersama sos thai yang masam-masam pedas. Ratah gitu pun padu beb! Sekali dah hidang, memang berdesup masuk ke mulut.

May be an image of food
Kredit Foto: Raja Amanina

Resepi Ayam Goreng Pandan Thai

Bahan-bahan: Ayam Pandan

  • 7 hingga 8 ketul isi ayam
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 s.k. lada hitam (ditumbuk)
  • 1 s.k. ketumbar (ditumbuk)
  • 1 s.b. sos tiram
  • 1 s.b. kicap
  • 1 s.b. gula
  • Sedikit garam
  • 1 s.b. tepung jagung
  • Daun pandan
  • Lidi

Bahan-bahan: Sos Ala Thai

  • 3 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 keping gula melaka
  • 1 s.b. gula
  • 5 s.b. kicap sotong
  • Daun ketumbar (dicincang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 s.b. cuka
  • Sedikit bijan
  • Setengah cawan air
  • 1 s.k. tepung jagung

Cara memasak: Ayam Goreng Pandan

  1. Gaulkan ayam bersama bawang putih, lada hitam, ketumbar, sos tiram, kicap, gula, tepung jagung dan garam.
  2. Kemudian, perapkan ayam selama 3 jam di dalam peti sejuk.
  3. Apabila ayam sudah diperap, balutkan ia dengan daun pandan.
  4. Cucukkan ayam menggunakan lidi.
    (Nota: Pastikan cucuk dengan kemas supaya ayam dan daun pandan tidak terlerai ketika digoreng).
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak.
May be an image of food
Kredit Foto: Raja Amanina
May be an image of food
Kredit Foto: Raja Amanina
May be an image of food
Kredit Foto: Raja Amanina

Cara memasak: Sos Ala Thai

  1. Kisarkan cili merah bersama sedikit air.
  2. Kemudian, tumis bawang putih, bijan dan cili yang dikisar hingga naik bau.
  3. Tambahkan air, cuka, gula dan kicap sotong.
  4. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung.
  5. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  6. Kacau seketika dan taburkan daun ketumbar di atasnya.
May be an image of food
Kredit Foto: Raja Amanina

Cara penyediaan:

  1. Ambil ayam dan letakkan di atas pinggan kaca.
  2. Tuangkan sos ke dalam mangkuk kecil.
  3. Ayam Goreng Pandan siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
May be an image of food
Kredit Foto: Raja Amanina

Sumber: Facebook Raja Amanina

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook