Ayam Chinese Style Netizen

Ayam Mushroom Ala Chinese Style, Sedap Tanpa Gunakan Minyak Bijan

Ayam Mushroom Ala Chinese Style, Sedap Tanpa Gunakan Minyak Bijan
Jawatan Kosong baker & pastry

Bila dah nak masuk minggu kedua berpuasa ni, confirm mak-mak dekat rumah buntu nak masak lauk apa untuk berbuka. Kadang-kadang sampai blur tengok ayam sebab dah muak asyik masak menu yang sama. Apa kata anda cuba resepi lazat Ayam Cendawan Ala Chinese hasil perkongsian saudara Hanis Mohamad ni.

BACA: Resepi Mudah Nasi Ayam Roasted Dengan Sambal Kick Confirm Sedap Gila!

Istimewanya, 4 jenis mushrooms yang berbeza digunakan sebagai elemen utama dalam resepi ni. Rasa manis hasil daripada air didihan ayam dan sos tiram pasti membuka selera anak-anak. Jadi, kami kongsikan satu menu special Ayam Cendawan Ala Chinese tanpa menggunakan minyak bijan tapi rasa still sedap macam dekat kedai. Selamat mencuba!

May be an image of food

Resipi Ayam Mushroom Ala Chinese Style

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong dan telah dicuci sehingga bersih).
  • Bawang putih
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Halia (dihiris kasar)
  • Cili kering (dipotong 3)
  • Cendawan Shitake (Nota: Boleh potong mengikut citarasa anda)
  • Cendawan tiram
  • Cendawan Enoki
  • Cendawan Shimeji
  • Sayur (Nota: Boleh potong mengikut citarasa anda)
  • 5 sudu sos tiram

May be an image of food

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili kering dengan menggunakan sedikit sahaja minyak masak.
  2. Tumis sehingga naik bau. (Nota: Jangan tumis sehingga garing).
  3. Selepas tu, masukkan cendawan shitake dan  masak sampai cendawan layu sedikit.
  4. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong.
  5. Masukkan 5 sudu sos tiram dan gaul sebati bersama ayam. (Nota: Masak sehingga ayam keluarkan air).
  6. Letakkan sedikit air dan biarkan ayam masak sepenuhnya.
  7. Apabila kuah sudah pekat, tambahkan garam dan perasa.
  8. Setelah kuah mula menggelegak, masukkan cendawan tiram, enoki dan shimeji. (Nota: Cendawan harus letak pada peringkat terakhir kerana ia hanya perlukan masa yang sekejap untuk dimasak).
  9. Akhir sekali, letakkan sayur lobak merah dan kobis. (Nota: Boleh letakkan apa-apa jenis sayur yang anda suka).

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

Sumber: Facebook Hanis Mohamad via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook