Pencuci Mulut Netizen

Bajet Tak Sampai RM10, Ini Rupaya Cara Buat Kek Coklat Karamel Yang Sedap

Bajet Tak Sampai RM10, Ini Rupaya Cara Buat Kek Coklat Karamel Yang Sedap
Jawatan Kosong baker & pastry

Lepas berbuka, memang sesuai dihidangkan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut. Kek perisa coklat antara salah satu dessert kegemaran rakyat Malaysia kerana rasanya yang manis dan lembut  seperti terus cair di mulut. Tapi mesti ramai tak pernah cuba untuk hasilkan Kek Coklat Karamel di rumah, kan?

BACA: Resepi Kek Tornado Krim Keju Viral, Kek Tiga Layer Pasti Mengancam Selera

Gabungan rasa manis berlemak daripada kek coklat dan karamel memang ngam habis! Ditambah pula dengan gula hangus yang berkilat di atasnya pasti menggiurkan sesiapa saja. Apa kata anda ikuti resepi daripada Puan Farra Hanis yang confirm sedap ni. Bajet yang diperlukan pun tak sampai RM10, tau! Memang jimat.

Bajet Tak Sampai RM10, Ini Rupaya Cara Buat Kek Coklat Karamel Yang Sedap
Gambar sekadar hiasan

No photo description available.

Resipi Kek Coklat Karamel

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 3 sb gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat (Nota: Boleh kurangkan mengikut tahap kemanisan yang anda suka)
  • 1 sk esen vanila
  • 5 sb minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • Tepung kek coklat segera

Cara penyediaan: Gula Hangus

  1. Panaskan 2 sudu besar gula ke dalam loyang.
  2. Gunakan api yang perlahan. (Nota: Sentiasa kacau gula untuk mengelakkan hangit).
  3. Selepas gula bertukar warna perang karamel, boleh tutupkan api dan sejukkan terlebih dahulu.

Cara penyediaan: Lapisan Karamel

  1. Pertama sekali, kisarkan 3 biji telur, 1 cawan susu cair, 1 cawan susu pekat dan 1 sudu kecil esen vanila.
  2. Kemudian, tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi. (Nota: Kukus selama 20 minit).
  3. Setelah itu, angkat dan sejukkan.

76767397 2832382386818879 7326447344860266496 n.jpg? nc cat=111&ccb=1 3& nc sid=b9115d& nc ohc=6cqmGSZ3uBcAX ScUCl& nc ht=scontent.fkul8 1

Cara penyediaan: Lapisan Kek Coklat

  1. Pertama sekali, masukkan tepung kek coklat segera, 1 biji telur, 5 sudu besar minyak masak, 3/4 cawan gula, 1/2 cawan air. (Nota: Gunakan 1 plastik tepung kek coklat segera).
  2. Putarkan semua bahan tersebut.
  3. Kemudian, tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi karamel tadi. (Nota: Kukus dalam 40 hingga 50 minit).
  4. Apabila sudah masak, boleh tutupkan api.

No photo description available.

No photo description available.

Sumber: Facebook Farra Hanis via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook