Western Style Netizen Roti

Banyak Roti Nak Expired? Jom Buat Lasagna Paling Simple & Terlajak Sedap

Banyak Roti Nak Expired? Jom Buat Lasagna Paling Simple & Terlajak Sedap
Jawatan Kosong baker & pastry

Lasagna merupakan makanan yang berasal dari Itali, tapi digemari ramai. Gabungan rasa lemak berkeju yang dicampuri dengan inti daging cincang dan sos pasta memberikan rasa yang memang padu! Bila tarik keluar daripada oven selepas dimasak fuhhh boleh menggiurkan sesiapa sahaja.

BACA: Tak Payah Pergi Restoran, Jom Masak Sendiri Chicken Chop Dengan Kuah Padu!

Sesuai dengan tekak orang Malaysia dan budget friendly, anda boleh mengubah suai lasagna ni dengan menggunakan roti yang hampir expired. Jangan risau kerana kami kongsikan resepi paling simple daripada Puan Masriza Basri. Yang penting, rasa sangat sedap dan keluarga pun pasti suka!

May be an image of food

Resepi Lasagna Roti

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti (Nota: Gunakan roti yang hampir tamat tempoh)
  • 2 biji telur
  • 150ml susu segar
  • 4 keping keju
  • 3 sb sos lada hitam
  • 3 sb sos tomato
  • 200g daging cincang
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • Sedikit garam dan gula
  • Keju (diparut)
  • Butter

May be an image of food

Cara memasak: Inti Lasagna

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan butter hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan daging cincang. (Nota: Anda juga boleh gantikan dengan sosej).
  3. Masak sehingga air mula menjadi kering.
  4. Tambahkan sos tomato dan sos lada hitam.
  5. Perasakan dengan secubit garam dan gula.

Cara penyediaan:

  1. Sapukan keseluruhan bekas dengan sedikit butter.
  2. Campurkan susu dan telur dan kacau hingga sebati.
  3. Celupkan roti dan susun ke dalam bekas hingga penuh.
  4. Kemudian, letak sedikit inti di atas roti dan ratakan.
  5. Susun kepingan keju di atas inti tersebut.
  6. Ulang dan tambahkan satu lapis roti serta daging.
  7. Taburkan keju yang telah diparut di lapisan yang terakhir. (Nota: Pastikan lapisan terakhir ialah daging dan parutan keju).
  8. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 160 darjah celsius selama 20 minit.
  9. Lasagna Roti siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook