Biskut Kelapa ni memang cukup nostalgia, sejak dulu mesti ramai yang akan buat setiap kali lebaran. Resepinya cukup mudah manakala bentuk ikoniknya ialah bulan sabit. Selain tak perlu cetak guna acuan biskut, yang paling best bila ia mencair dalam mulut. Fuhh, memang nikmat habis.
BACA: Biskut Raya Cornflakes Chocolate Chip & Crunchy Di Luar, Manis Di Dalam!
Menggunakan kelapa parut yang disangai sebagai bahan utama, sekali gus berikan tekstur lemak dan manis. Cara membuatnya cukup mudah dan modal yang diperlukan pun tak banyak. Untuk idea kuih raya tahun ini, apa kata anda follow resepi daripada Puan Azlina Ina. Tak perlu order, buat sendiri je dekat rumah. Anak-anak pun pasti suka!
Resepi Biskut Kelapa
Bahan-bahan:
- 2 cawan majerin
- 1 cawan gula kastor
- 1 sk esen vanila
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu tepung
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung jagung
- 3 cawan tepung ubi
- 1 sk baking powder
- 3 cawan kelapa (disangai)
- 1/2 cawan Nestum
Cara memasak:
- Pertama sekali, sangaikan 1 biji kelapa parut sehingga keperangan.
- Kemudian, masukkan 2 cawan majerin, 1 cawan gula kastor, 1 sudu kecil esen vanila, 1 biji telur dan kacau sebati.
- Selepas itu, tambahkan 1/2 cawan tepung susu, 1 1/2 cawan tepung gandum, 1 1/2 cawang tepung jagung, 3 cawan tepung ubi dan 1 sudu kecil baking powder.
- Campurkan kelapa yang telah disangai dan 1/2 cawan Nestum sehingga menjadi doh.
- Kemudian, bentukkan ia menjadi seperti bulan sabit. (Nota: Boleh gunakan mulut cawan jika tiada acuan).
- Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 selama 25 minit.
- Apabila sudah siap dibakar, sejukkan terlebih dahulu.
- Susun ke dalam bekas kedap udara.
- Biskut Kelapa siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Azlina Ina Fans
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi