Pejam celik pejam celik, esok je dah nak masuk bulan Ramadhan. Lepas tu pula, tak lama lagi kita dah nak sambut raya. Haaa… korang dah ada idea untuk buat kuih raya tahun ni ke belum?
BACA: Resepi Tepung Pelita Lemak Manis, Sangat Simple & Tak Perlu Kukus Balik
Biasanya, kalau beraya rumah orang mesti asyik dapat typical kuih raya je kan? Untuk raya tahun ni, apa kata anda ikut resepi yang dikongsi oleh Puan Syuhada Che Din ni. Kanak-kanak pun mesti suka sebab di sebalik rasa rangup di luar, ada kemanisan chocolate chip di dalamnya. Confirm laku laris!


Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
- 250g buttercup atau boleh guna planta
- 1 cwn gula icing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3/4 cwn tepung jagung
- 2 cwn tepung gandum
- Cornflakes secukupnya (boleh letak dalam 3 cawan)
- Chocolate chips
- Chocolate rice (terpulang)
- Almond cincang (terpulang)
Cara memasak:
- Kacau sebati butter, gula icing dan esen vanila. Guna senduk sahaja. Jangan pukul sampai kembang.
- Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tak perlu diayak.
- Kacau sebati.
- Adunan memang lembik, jangan panik.
- Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
- Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta.
- Nak cubit-cubit guna jari atau golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun boleh.
- Jarakkan sikit sebab biskut akan mengembang tapi kembang biasa sahaja kerana tidak gunakan soda bikarbonat dan baking powder.
- Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit.
- Kemudian baru bakar biskut, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.






Sumber: Facebook Syuhada Che Din
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi