Sebut saja belimbing buluh, mesti ramai ingat boleh buat asam jeruk kan? Tapi khas bagi mereka yang mungkin blur nak masak apa lagi dengan buah comel ni, apa kata buat Sambal Hitam Ekspres macam perkongsian Dr. Kamarul Ariffin ini. Walaupun cuma gunakan 4 bahan saja, tapi tekstur sambal yang masam dan manis ini confirm buat ramai makan nasi bertambah.
BACA: Mudahnya Buat Sambal Pijak Gajah, Menu Rahsia Pengikat Perut Suami
Resepi original untuk membuat Sambal Hitam ni sememangnya perlukan masa berjam-jam. Tapi jangan risau, kerani kami ingin kongsikan resepi ekspres untuk memasak makanan ini. Mudah dan tak renyah sebab boleh guna pressure cooker saja! Silap-silap kalau dah expert, boleh buat side income juga.
Resepi Sambal Hitam Ekspres
Bahan-bahan:
- 1kg belimbing buluh
- 2 genggam ikan bilis
- 10 hingga 15 biji cili padi
- 15 biji bawang merah kecil
- Sedikit garam
Cara memasak:
- Pertama sekali, bersihkan belimbing buluh.
- Kemudian, masak di dalam pressure cooker selama 10 minit.
- Tambahkan 1/2 cawan air.
(Nota: Tetapkan pada fungsi high pressure). - Selepas 10 minit, belimbing buluh akan bertukar warna gelap sedikit.
(Nota: Buangkan lebihan air). - Kemudian, tetapkan pressure cooker pada fungsi stir fry selama 15 hingga 20 minit.
- Sentiasa kacau belimbing buluh untuk elakkan daripada hangus.
- Apabila belimbing buluh sudah kering, bawakkan ia keluar dan ketepikan terlebih dahulu.
- Kisarkan ikan bilis, bawang merah kecil dan cili.
- Selepas itu, tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak di dalam kuali.
- Tambahkan belimbing buluh yang sudah kering dan kacau sehingga ia hancur.
- Perasakan dengan sedikit garam.
- Masak selama 15 hingga 20 minit dan sambal betukar warna hitam.
- Sambal Hitam Ekspres siap untuk dimakan!
Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi