Mesti ramai penggemar Air Barli dekat luar tu, kan? Haa sebenarnya, banyak khasiat dalam minuman ni yang tak semua orang tahu. Selain dapat bantu rendahkan kolestrol, ia juga bagus untuk menyejukkan badan. Kalau badan rasa nak demam tu, bolehlah cepat-cepat cari air ni.
BACA: Gadis Ni Share Cara Buat Air Hipster Milo & Kopi, Nikmat Minum Sejuk-Sejuk
Jika anda sudah bosan minum kopi dan teh, apa kata pekena Air Barli Panggang pula? Uniknya perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin ni, barli akan dipanggang dan dicampurkan dengan air gula melaka. Kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan ais untuk legakan tekak di kala cuaca terik!
Resepi Air Barli Panggang
Bahan-bahan:
- 100g barli
- Gula melaka
- Air secukupnya
Cara membuat:
- Pertama sekali, rendamkan barli seketika di dalam air.
- Buang keladak dan toskan airnya.
- Kemudian, panggang barli di atas kuali selama 10 hingga 15 minit dan sentiasa kacau untuk elak hangit. (Nota: Gunakan api sederhana kecil).
- Angkat dan ketepikan terlebih dahulu.
- Selepas itu, cairkan gula melaka dan masukkan barli yang dipanggang tadi.
- Tambahkan air dan reneh selama 30 minit. (Nota: Gunakan api perlahan).
- Apabila barli sudah kembang, boleh tutupkan api.
- Tapiskan biji barli panggang kerana rasanya sedikit pahit. (Nota: Jangan buangkan semua biji untuk hiaskan di dalam air nanti).
- Air Barli Panggang siap untuk diminum. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi