Nasi Netizen

Boring Menu Sama Sepanjang Lockdown? Jom Cuba Nasi Hujan Panas Lazat Ini!

Boring Menu Sama Sepanjang Lockdown? Jom Cuba Nasi Hujan Panas Lazat Ini!
Jawatan Kosong baker & pastry

Nasi Hujan Panas merupakan salah satu juadah tradisional yang cukup sebati dengan orang Melayu. Ia enak dimakan bersama lauk seperti Ayam Masak Merah dan Acar Timun. Menariknya, 3 pewarna iaitu merah, hijau dan kuning ditambah untuk menaikkan selera sesiapa sahaja!

BACA: Resepi Nasi Daging Utara Padu Bakhang, Menu Istimewa Pengikat Perut Suami

Selalunya, juadah ini sering disajikan ketika kenduri kahwin mahupun majlis keramaian. Tapi jika anda sudah bosan nikmati menu yang sama musim lockdown ini, apa kata cuba resepi Nasi Hujan Panas daripada saudara Razzi Hajemi. Selain warnanya yang meriah, paling penting dijamin lazat tak terkata!

May be an image of food

Boring Menu Sama Sepanjang Lockdown? Jom Cuba Nasi Hujan Panas Lazat Ini!
Gambar sekadar hiasan

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan:

  • 10 cwn beras basmathi
  • 7 hingga 8 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 hingga 5 ulas bawang putih  (dihiris)
  • 2 inci halia
  • 2 s.b. mentega
  • 2 s.b. minyak sapi
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Kayu manis
  • 3 kiub pati ayam
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, masakkan beras basmathi dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak.
  3. Tambahkan mentega dan minyak sapi.
  4. Masukkan bawang merah bersama bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  5. Tambahkan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan daun pandan.
  6. Kacau rata dan masukkan kiub pati ayam.
  7. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  8. Kemudian, tambahkan 1 tin susu cair dan 2 cawan air.
  9. Masukkan beras yang telah dimasak dan taburkan bawang goreng di atasnya.
  10. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit.
    (Nota: Guna api sederhana kecil).
  11. Selepas itu, tambahkan sedikit pewarna merah, hijau dan kuning.
  12. Gaul rata dan tutupkan api.
  13. Nasi Hujan Panas siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook