Siapa je yang tak suka dengan air berasaskan serbuk matcha? Tapi, pernah tak terfikir untuk campurkan cincau di dalam air yang sedap ni? Gabungan rasa susu soya dan matcha, ditambah pula tekstur kenyal cincau memang dapat melegakan tekak. Refreshing sungguh!
BACA: Air Bandung Unicorn Terlepas, Simple Tapi Beri Kesegaran Tak Terperi
Warnanya sahaja mampu buat orang nak cuba dan sangat sesuai dinikmati terutamanya waktu berbuka. Jom ikuti resepi Matcha Cincau yang mudah daripada saudari Aisya ni. Kalau beli dekat kedai, air unik macam ni confirm cecah berpuluh ringgit. Buat sendiri, lagi jimat dan puas hati! Anak-anak pun mesti excited.

Resepi Matcha Cincau
Bahan-bahan:
- Serbuk matcha
- Sedikit air suam
- Susu soya
- Ais secukupnya.
- Cincau
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, tapiskan serbuk matcha di dalam bekas kecil.
(Nota: Untuk elakkan serbuk jadi berketul). - Tambahkan sedikit air suam.
- Kacau sehingga serbuk matcha larut di dalam air.
- Tambahkan sedikit susu soya.
- Kacau hingga sebati dan ketepikan terlebih dahulu.
- Selepas itu, potongkan cincau sehingga halus.
- Kemudian, tambahkan ais secukupnya di dalam gelas kaca dan masukkan cincau yang dipotong. (Nota: Kuantiti cincau mengikut kesukaan anda).
- Tambahkan susu soya di dalam gelas.
- Akhir sekali, tuangkan bancuhan air matcha di atasnya dan kacau.
- Minuman Matcha Cincau siap untuk dibuat juadah berbuka nanti. Selamat mencuba!
@aisyajway Reply to @rfmohdana Okay matcha cincau siap! 😂🎉 #tiktokchef #seleraramadan #tiktokguru #matcha #matchalatte #veganrecipe #foryou
Sumber: Tiktok aisyajway
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi