Spaghetti Bolognese merupakan salah satu makanan barat yang sangat diminati ramai orang. Ia juga menjadi kegemaran kanak-kanak kerana sos tomato yang digunakan tidak terlalu pedas. Just nice! Bagi orang dewasa, anda boleh tambahkan sedikit serbuk lada hitam mahupun cili padi untuk kepedasan yang lebih kick.
BACA: Resepi Spaghetti Carbonara Berkrim, Lazat & Macam Dekat Hotel!
Untuk menu berbuka hari ini, apa kata anda cuba makanan western ni? Uniknya perkongsian saudara Zaky Mat Ali, Spaghetti Bolognese yang sudah siap masak akan dibakar ke dalam oven. Gabungan cheese bersama sos tomato yang sedikit masam memang terasa nikmat pada setiap suapan. Perghhh padu!

Resepi Spaghetti Bolognese Bakar
Bahan-bahan:
- 400g spaghetti
- 1 botol sos spaghetti
- 450g daging kisar
- 200g bebola daging
- 1 tin cendawan butang (dihiris)
- 2 biji tomato (dipotong dadu)
- 3 biji bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 3 biji cili padi
- 200g keju mozzarella
- Minyak masak
- ½ cawan air
- Sedikit garam dan gula
Kredit Foto: Zaky Mat Ali
Cara memasak:
- Rebuskan spaghetti selama 11 minit. (Nota: Tambahkan dua sudu minyak untuk mengelakkan spaghetti melekat).
- Panaskan 3 sudu minyak di dalam kuali.
- Tumiskan bawang merah kisar dan bawang putih kisar.
- Masukkan cili padi dan sos spaghetti.
- Tambahkan 1/2 cawan air.
- Masukkan bebola daging, daging kisar, cendawan butang dan tomato.
- Biarkan ia mendidih seketika.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Apabila sudah siap, masukkan spaghetti ke dalam mangkuk dan taburkan keju mozarella ke atasnya.
- Bakar pada suhu 150 darjah selama 10 minit.
- Spagethetti Bolognese Bakar siap untuk dihidang. Selamat mencuba!



Sumber: Facebook Zaky Mat Ali
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi