Lauk Netizen Telur

Buntu Asyik Lauk Sama? Jom Try Resepi Telur Rebus Air Asam Sekarang!

Buntu Asyik Lauk Sama? Jom Try Resepi Telur Rebus Air Asam Sekarang!
Jawatan Kosong baker & pastry

Bagi yang tak pernah jumpa atau cuba makan, menu Telur Rebus Air Asam ni sebenarnya sangat sedap. Lagi nikmat bila makan dengan nasi panas-panas atau pun nak makan macam tu saja pun boleh. Selalunya kalau telur saja mesti buat Masak Kicap, Kari Telur dan sebagainya. Apa kata kita ubah selera pula hari ni?

BACA: Tak Perlu Nak Goreng Pun, Mari Masak Telur Pecah Sambal 3 Rasa Hari Ni!

Ikut saja Resepi Telur Rebus Air Asam hasil perkongsian Puan Noruk Haisyu ni. Jangan risau resepi ni hanya mengambil masa kurang daripada 20 minit saja. Apa tunggu lagi tu? Jomlah kita mula sekarang!

Buntu Asyik Lauk Sama? Jom Try Resepi Telur Rebus Air Asam Sekarang!

Resepi Telur Rebus Air Asam

Bahan-Bahan:

  • Telur
  • Cili padi (dihiris)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Tomato (dihiris)
  • Asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air suam

Cara Membuat:

  1. Rebuskan telur dengan api paling besar selama lebih kurang 7 minit.
  2. Sementara itu, campurkan asam jawa, garam secukupnya, serbuk perasa dan air suam. Gaul rata.
  3. Kemudian, masukkan cili padi, bawang besar dan tomato ke dalam mangkuk campuran air asam.
  4. Seterusnya, kupaskan kulit telur di bawah air yang mengalir mudah tertanggal dan belahkan telur kepada 2 bahagian.
  5. Akhir sekali, tuangkan air asam ke dalam mangkuk yang berisi telur rebus.
  6. Telur Rebus Air Asam siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Buntu Asyik Lauk Sama? Jom Try Resepi Telur Rebus Air Asam Sekarang!

Buntu Asyik Lauk Sama? Jom Try Resepi Telur Rebus Air Asam Sekarang!

Sumber: Facebook Norul Haisyu via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram