Minuman Netizen

Cara Bancuh Air Soda Sirap Laici, Fresh Macam Di Bazar Ramadan!

Cara Bancuh Air Soda Sirap Laici, Fresh Macam Di Bazar Ramadan!
Jawatan Kosong baker & pastry

Memang tidak dapat disangkal lagi, Air Soda Sirap Laici antara pembasah tekak yang cukup popular bila masuk saja bulan puasa. Rasanya yang fresh, kemudian ditambah pula dengan biji selasih memang buat tekak rasa ‘ketagih’ betul! Di sesetengah tempat, minuman ini turut dikenali sebagai ‘air kahwin’.

BACA: Air Bandung Unicorn Terlepas, Simple Tapi Beri Kesegaran Tak Terperi

Sebenarnya, buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati. Kalau kering idea nak buat minuman apa untuk berbuka hari ni, jom try resepi mudah oleh Puan Asha Anuar ini. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak dan senang dijumpai di pasaraya. Selain untuk berbuka puasa, anda boleh gunakan resepi untuk menjamu tetamu hari raya nanti!

Cara Bancuh Air Soda Sirap Laici, Fresh Macam Di Bazar Ramadan!
Gambar sekadar hiasan
Cara Bancuh Air Soda Sirap Laici, Fresh Macam Di Bazar Ramadan!
Gambar sekadar hiasan

Resepi Air Soda Sirap Laici Biji Selasih

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici
  • 1 botol air soda berkarbonat
  • 1 tin susu cair
  • Setengah cawan sirap
  • Setengah cawan biji selasih
  • Ais batu secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, sediakan satu bekas yang besar untuk memudahkan gaulan air nanti.
  2. Kemudian, masukkan ais batu secukupnya.
  3. Setelah itu, bancuhkan satu tin laici, air soda berkarbonat, satu tin susu cair, setengah cawan sirap dan setengah cawan biji selasih.
  4. Kacaukan semua bahan tersebut.
  5. Air Kahwin sedia untuk diminum. Selamat mencuba!
@ashaanuar

air kahwin#ramadhan

♬ bunyi asal – Raya_Je😍 – Raya_Je😍

Sumber: Tiktok & Facebook ashaanuar via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook