Pencuci mulut seperti cheesecake ni memang sedap dinikmati lebih-lebih lagi time sejuk. Rasa lemak manis berkeju tu memang padu betul. Sebenarnya, mudah je nak buat kek ni sebab tak perlu gunakan oven. Hanya masukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.
BACA: Resepi Kek Tornado Krim Keju Viral, Kek Tiga Layer Pasti Mengancam Selera
Kalau nak lagi sedap, gabungkan kemanisan buah mangga yang segar dalam dessert ni. Guarantee heaven! Untuk menu pencuci mulut hari ni, anda boleh cuba resepi mudah daripada Puan Nuryatie. Setiap suapan pasti buat korang terngiang-ngiang. Selamat mencuba!

Resepi Mango Cheesecake
Bahan-bahan:
- Buah mangga segar (2 biji)
- Butter
- Biskut Digestive yang telah dihancurkan (20 hingga 25 keping)
- Cream cheese (250 gram)
- Whipping cream (sekotak)
- Gelatin (satu sudu besar)
- Gula icing (2 hingga 3 sudu)
Cara memasak: Lapisan bawah
- Pertama sekali, cairkan separuh butter dan masukkan biskut yang telah dihancurkan.
- Gaulkan dan masuk ke dalam loyang.
- Setelah itu, padatkan isinya.
Cara memasak: Lapisan tengah
- Kisarkan cream cheese.
- Kemudian, masukkan whipping cream dan gula icing. (Nota: Boleh tambah gula icing lebih jika anda suka manis).
- Bancuh gelatin dalam 1 sudu besar dan campurkan air panas dalam 3 sudu.
- Kacau sampai sebati dan masukkan dalam adunan yang sudah dikisar tadi. (Nota: Boleh letakkan puri manga atau manga yang dipotong kecil-kecil dalam cream cheese).
- Campurkan adunan yang telah dikisar tadi pada lapisan bawah dan biarkan beku (15 hingga 20 minit).
Cara memasak: Lapisan atas
- Blend puri mangga sampai betul-betul halus dan campur dengan gelatin yang sudah siap dibancuh dengan air panas.
- Kemudian, masukkan ke dalam loyang tadi.
- Pastikan cream cheese dah beku untuk elakkan adunan bercampur.
- Letakkan mangga yang sudah dipotong kecil-kecil.
- Sejukkan dalam peti ais dan tunggu dalam 4 hingga 5 jam sebelum sedia dimakan.
Sumber: Facebook Nuryatie PG’s via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi