Minuman Netizen

Cara Mudah Buat Air Milo Cincau, Sedap Gila Boleh Buat Untuk Air Berbuka

Cara Mudah Buat Air Milo Cincau, Sedap Gila Boleh Buat Untuk Air Berbuka
Jawatan Kosong baker & pastry

Sedar tak sedar, bulan Ramadan tahun ini dah nak menemui penghujung. Sekejapnya masa berlalu. Selalunya kita pening fikir nak masak apa untuk berbuka. Tapi mesti ada satu masa itu, kita teringin juga nak buat air yang meriah sikit untuk buat pembuka selera iftar. Kalau selama ini anda memilih minuman berunsurkan jus buah-buahan, apa kata kita ubah angin?

BACA: Air Bandung Unicorn Terlepas, Simple Tapi Beri Kesegaran Tak Terperi

Pernah tak anda dengar Air Milo Cincau? Haaa rare minuman ini walaupun cuma gabungan mudah antara air Milo dan cincau. Sangat menyegarkan. Dah terasa dekat tekak ke tu? Apa lagi, ikuti cara mudah nak buat Air Milo Cincau daripada saudari Reen Aminuddin ini. Jom kita mula!

Cara Mudah Buat Air Milo Cincau, Sedap Gila Boleh Buat Untuk Air Berbuka
Gambar sekadar hiasan

Resepi Air Milo Cincau

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar serbuk Milo
  • Sedikit air panas (Nota: Untuk bancuhan serbuk milo)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Suku cawan cincau
  • Ais ketul (Nota: Ikut kuantiti yang anda suka. Lagi banyak lagi best!)

Cara Penyediaan:

  1. Bancuhkan serbuk milo dengan sedikit air panas.
  2. Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, penuhkan cawan dengan cincau dan ais yang banyak.
  4. Air Milo Cincau sedia untuk diminum. Selamat berbuka pausa dan selamat mencuba!

(Nota: Untuk portion segelas)

Cara Mudah Buat Air Milo Cincau, Sedap Gila Boleh Buat Untuk Air Berbuka

Cara Mudah Buat Air Milo Cincau, Sedap Gila Boleh Buat Untuk Air Berbuka

@boss.reen

Resepi air time Ramadhan nanti. Milo Cincau!! Sedap gila weyh. 😍😍 #milo #cincau #tiktokchef #ramadhan

♬ Angkasa – Diandra Arjunaidi

Cara Mudah Buat Air Milo Cincau, Sedap Gila Boleh Buat Untuk Air Berbuka

Sumber: Tiktok Reen Aminuddin

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram