Kuih Muih Netizen

Cara Mudah Buat Cucur Udang Gebu, Enak Dimakan Panas-Panas

Cara Mudah Buat Cucur Udang Gebu, Enak Dimakan Panas-Panas
Jawatan Kosong baker & pastry

Cucur Udang antara juadah kegemaran ramai dan sesuai dihidangkan sebagai menu sarapan pagi dan minum petang. Kuih ni pun memang selalu menjadi serbuan dan laku keras dekat bazar.

BACA: Cara Mudah Buat Kuih Gunting Kari Rangup, Tahu-Tahu Laju Licin Sebalang!

Nak lagi sedap, gunakan udang bersaiz besar yang segar. Rasa manis isi udang dan sayur yang rangup dimakan pula panas-panas bersama sos cili, memang layan habis weh! Apa kata anda cuba buat sendiri di rumah? Jom ikuti resepi daripada saudara Zaky Mat Ali ni. Senang dan confirm puas hati!

May be an image of food and indoor
Kredit Foto: Zaky Mat Ali

Resepi Cucur Udang

Bahan-bahan:

  • 400gram tepung gandum
  • Udang
  • Bawang merah
  • Lobak
  • Daun kucai
  • Taugeh
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Yis
May be an image of food and indoor
Kredit Foto: Zaky Mat Ali

Cara memasak:

  1. Masukkan 400g tepung gandum, bawang merah, lobak daun kucai, taugeh, sedikit garam, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan yis ke dalam mangkuk.
  2. Selepas itu, tambahkan sedikit air.
  3. Kemudian, adunkan hingga sebati.
  4. Biarkan ia selama 30 minit.
  5. Setelah itu, panaskan kuali bersama minyak masak.
  6. Apabila minyak sudah betul-betul panas, masukkan adunan kedalam senduk bersama seekor udang.
  7. Gorengkan dengan api sederhana besar. (Nota: Sebelum menggoreng, celupkan senduk di dalam minyak masak terlebih dahulu supaya adunan tidak melekat).
  8. Cucur udang dah siap. Sedap dinikmati panas-panas!
May be an image of food and indoor
Kredit Foto: Zaky Mat Ali
May be an image of food
Kredit Foto: Zaky Mat Ali

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook