Netizen Food Style

Cara Mudah Buat Lemang Kertas Cawan, Tak Perlu Buluh & Guna Pengukus Saja

Cara Mudah Buat Lemang Kertas Cawan, Tak Perlu Buluh & Guna Pengukus Saja
Jawatan Kosong baker & pastry

Kata orang, tak lengkaplah raya kalau tiada lemang di atas meja. Kalau cakap pasal lemang je mesti terlintas di kepala untuk gunakan buluh. Tapi kalau raya di rumah saja musim PKP ni, mana nak cari kan?

BACA: Rendang Kerang Pedas Resepi Special Bonda, Jom Masak Sempena Raya ‘PKP’ Ni

Tak perlu risau kerana kami ingin kongsikan resepi mudah Lemang Kukus Kertas Cawan oleh saudari Aisha Humaira ni. Tak perlu berpanas untuk terbalikkan lemang, hanya gunakan cawan kertas dan pengukus sahaja. Rasanya tetap padu sama macam di kampung punya!

No photo description available.

Resepi Lemang Kukus Versi Kertas Cawan

Bahan-bahan:

  • 1kg beras pulut (Nota: Rendamkan beras pulut selama semalaman)
  • 500g santan
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun pisang (Nota: Potong mengikut ketinggian cawan kertas yang digunakan)
  • 15 keping cawan kertas

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas.
  2.  Tambahkan beras pulut dan santan di dalamnya.
    (Nota: Pastikan paras sukatan santan dan beras pulut di tahap yang sama).
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  4. Kemudian, panaskan air dan kukuskan lemang selama 1 jam.
  5. Apabila sudah naik wap, boleh tutupkan api.
  6. Tunggu lemang yang dikukus sejuk dahulu sebelum dipotong.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Cara penyediaan:

  1. Potongkan lemang mengikut ketebalan yang anda suka.
  2. Hidangkan di atas pinggan kaca bersama rendang.
  3. Lemang Kukus Versi Cawan Kertas siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

No photo description available.

Sumber: Facebook Aisha Humaira Zaheera via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook