Ikan Netizen snek

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu

Jawatan Kosong baker & pastry

Ikan Celup Tepung ni memang sedap! Lagi-lagi bila ikan tu fresh, fuhh terasa manis isinya. Selalu kalau ke Terengganu mesti singgah gerai-gerai tepi pantai makan Ikan Celup Tepung. Nikmatnya makan panas-panas sambil menikmati pemandangan laut yang tenang.

BACA: Tips Goreng Ikan Bawal Gerenti Tak Melekat Di Kuali, Lambung Pun Boleh!

Ya, sekarang lockdown dah tak boleh nak ke Terengganu, kan? Sebab itulah kami sediakan Resepi Ikan Celup Tepung yang dikongsi oleh Puan Umie Watie ni. Bolehlah buat-buat feeling makan tepi pantai padahal dalam rumah je ye dak? Okey, jom kita mula!

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu
Kredit foto: Dapur Mak Rerama

Resepi Ikan Celup Tepung

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur saiz A
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1½ cawan air sejuk
  • ½ sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 2-3 ekor ikan

Cara Membuat:

  1. Campurkan tepung beras, telur, garam, cuka dan serbuk kunyit.
  2. Kemudian, masukkan air kapur dan air sejuk serta gaul hingga sebati.
  3. Seterusnya, celupkan ikan ke dalam adunan tepung hingga tersalut penuh.
  4. Goreng ikan hingga masak sempurna dan garing.
  5. Ikan Celup Tepung siap untuk dinikmati sebagai snek pada waktu petang. Selamat mencuba!

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu

Cara Nak Buat Ikan Celup Tepung, Boleh Feeling Makan Dekat Tepi Laut Ganu
Kredit foto: Dapur Mak Rerama

Sumber: Facebook Umi Watie via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram