Ayam Netizen

Cik Abang Pun Boleh Masak, Simple Je Resepi Menu Ayam Tradisi Jawa Ni

Cik Abang Pun Boleh Masak, Simple Je Resepi Menu Ayam Tradisi Jawa Ni
Jawatan Kosong baker & pastry

Untuk pengetahuan anda, ‘ungkep’ merupakan teknik masakan tradisi orang Jawa. Istimewanya, ayam akan direneh menggunakan api kecil dalam jangka masa yang lama untuk biarkan rempah meresap ke bahagian isinya. Aroma yang terhasil boleh buat orang tak senang duduk!

BACA: Rendang Ayam Cili Api Minang, Hantu Makanan Pedas Wajib Cuba Resepi Ni!

Haaa tunggu apa lagi? Jom try resepi ringkas tapi padu daripada Dr. Kamarul Ariffin ni. ‘Cik abang’ pun boleh masak sendiri tanpa bantuan orang rumah! Bahan yang diperlukan tak banyak dan mudah dijumpai di pasaraya. Yang penting, rasanya lazat tak terkata!

No photo description available.

Resepi Ayam Ungkep

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 5 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang cili hijau
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 s.k. serbuk ketumbar
  • 1 s.k. jintan
  • Asam keping

89722665 10158096133603351 7002384224061751296 n.jpg? nc cat=107&ccb=1 3& nc sid=8bfeb9& nc ohc=dnAPsgTw7oMAX9YSvog& nc oc=AQkm0MfUcLeXY6DOGhayjmAfAbcFYqb9GgDGuRArVsEUdkZh6vtDf0CSGybXf6RK hg& nc ht=scontent.fkul8 1

89792504 10158096134328351 2169200724930461696 n.jpg? nc cat=105&ccb=1 3& nc sid=8bfeb9& nc ohc=qFbk13MF5rYAX Qo1rE& nc ht=scontent.fkul8 1

Cara memasak:

  1. Cuci ayam hingga bersih dan buangkan lemak.
  2. Kisarkan bawang kecil, bawang putih, cili hijau dan halia hingga halus. (Nota: Boleh tambah cili padi jika anda suka pedas).
  3. Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  4. Tambahkan jintan dan serbuk ketumbar.
  5. Selepas itu, masukkan serai dan limau purut.
  6. Tambahkan ayam dan tuang sedikit air.
  7. Perasakan dengan sedikit garam dan kacau rata.
  8. Perlahankan api dan reneh sehingga kuah bertukar pekat dan kering.
  9. Ayam Ungkep siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook