Netizen Food Style snek

Confirm Sedap & Bau Semerbak, Jom Buat Roti Korean Garlic Cheese Di Rumah

Confirm Sedap & Bau Semerbak, Jom Buat Roti Korean Garlic Cheese Di Rumah
Jawatan Kosong baker & pastry

Roti Korean Garlic Cheese merupakan antara makanan viral yang berasal dari Korea Selatan. Rasa manis berlemak hasil gabungan bawang putih, mentega dan krim keju boleh buat orang tak berhenti makan!

BACA: Popcorn Karamel Guna Roti Saja, Sekali Dah Makan Confirm Susah Nak Stop!

Kalau beli di pasaraya, kadang-kadang jumlah inti cheese agak sedikit. Potong mood betul, jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah? Jom ikuti perkongsian saudari Qasey yang sangat mudah ni. Bila dikeluarkan daripada ketuhar, baunya boleh semerbak penuh 1 rumah. Silap-silap bila dah expert, boleh jual jana side income pula!

Confirm Sedap & Bau Semerbak, Jom Buat Roti Korean Garlic Cheese Di Rumah
Kredit Foto: Qaseyhoney
Confirm Sedap & Bau Semerbak, Jom Buat Roti Korean Garlic Cheese Di Rumah
Kredit Foto: Qaseyhoney

Resepi Roti Korean Garlic Cheese Viral

Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese
  • 30g gula kastor
  • 50g whipping cream
  • 70g butter 
  • 1 biji telur
  • 1 s.k. oregano
  • 1 s.b. serbuk bawang putih
  • 2 s.b. susu pekat
  • Sebuku roti

Cara penyediaan:

  1. Masukkan cream cheese, gula kastor dan whipping cream di dalam bekas.
  2. Kemudian, kacau menggunakan mixer sehingga semua bahan sebati.
  3. Isi di dalam piping bag dan ketepikan terlebih dahulu.
  4. Selepas itu, cairkan butter di dalam microwave.
  5. Masukkan butter yang telah cair bersama telur, oregano, serbuk bawang putih, susu pekat dan kacau sekata.
  6. Ambil sebuku roti dan potongkan secara menyerong.
    (Nota: Pastikan roti yang dipotong tidak putus).
  7. Paipkan bahan cheese di dalam bahagian yang dipotong dan sapukan campuran butter di atasnya.
  8. Bakarkan pada suhu 180 darjah selama 20 hingga 25 minit.
  9. Roti Korean Garlic Cheese siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
@qaseyhoney

#koreangarliccheesebread #recipe #foryou #fyp #cmco #makantime #chillwithtiktok #gurugottalent #tutorialguru #tiktokmalaysia @hexa.food

♬ 마지막처럼 – BLACKPINK

Sumber: Instagram and Tiktok qaseyhoney

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook