Mee Netizen Udang

Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur

Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur
Jawatan Kosong baker & pastry

Masuk waktu berbuka saja, kadang-kadang tekak mesti tak terasa nak makan nasi. Mungkin apa yang anda teringin sebenarnya adalah mee yang selalu masak dalam kawah tu. Tapi risau pula nak keluar pergi bazar waktu musim kes COVID-19 tengah naik sekarang ni kan?

BACA: Resepi Oden Viral & Sup Pedas Ala-Ala Jepun, Buat Sendiri Semudah 123

Haaa… jangan risau. Untuk kali ini, apa kata anda ikut resepi yang dikongsi oleh Puan Nurul Ateekah. Bila diletakkan sekali tauhu hancur, ia akan melekat ke setiap lapisan mee tu. Rasa pedas dan manis tu memang menyelerakan betul!

Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur
Gambar sekadar hiasan
Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur
Gambar sekadar hiasan
Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur
Gambar sekadar hiasan

Resepi Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur

Bahan-bahan:

  • 500 gram mee kuning
  • Udang saiz sederhana 15 ekor
  • Sotong 2 ekor saiz besar
  • Taugeh dan Sawi (jumlah ikut keinginan sendiri)
  • Tauhu (1 ketul besar dihancurkan)
  • Tomato 1 biji (dibelah 6)
  • Kicap Manis 7 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Sos tomato 1 sudu besar
  • Minyak masak

Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur

Bahan dikisar:

  • Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili kering 5 batang (rendam air panas kemudian tos)
  • Ikan bilis (1 sudu besar)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak secukupnya.
  2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga kering dan pecah minyak.
  3. Masukkan sotong dan udang.
  4. Masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram, sos tomato dan tauhu yang telah dihancurkan.
  5. Masukkan mee, taugeh, sawi dan tomato.
  6. Gaul sebati.

Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur

Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur

Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur

Sumber: Facebook Nurul Ateekah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram