Kalau sebut makanan Thailand je, sudah semestinya memang sangat kena dengan citarasa rakyat Malaysia. Istimewa resepi Sotong Phat Phet Thai ni, ia lengkap sebagai juadah dua dalam satu iaitu lauk dan sayur tau. Toksah penat masak dua kali! Jom ikuti perkongsian daripada Puan Nurul Ateekah.
BACA: Tak Perlu Ke Kedai, Macam Ni Cara Buat Sotong Celup Tepung Gerenti Rangup
Rasanya yang lazat pasti buat orang berselera nak makan. Ditambah pula dengan lada hitam dan cili padi fuhhh confirm ketagih! Disebabkan banyak kedai yang terpaksa tutup susulan PKP, apa kata anda masak sendiri je juadah ni di rumah? Cara penyediaannya cukup mudah dan tak renyah. Tunggu apa lagi? Mari kita mula!

Bahan-bahan:
- 500g sotong (dicuci bersih)
- 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
- 5 batang cili padi merah (dipotong)
- 1 biji bawang merah (dipotong)
- 3 ulas bawang putih
- 4 batang cili merah
- 4 batang cili hijau
- 1 batang serai (dihiris)
- 4 helai daun limau purut
- 1/2 s.k serbuk lada hitam
- 1 s.k belacan
- 2 s.b sos ikan
- Garam
- Serbuk kunyit
Cara memasak:
- Kisarkan cili merah, cili hijau, bawang merah dah bawang putih.
- Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
- Masukkan sedikit air bersama sotong yang telah dicuci. Masak hingga kuah kering.
- Tambahkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan dan sos ikan.
- Gaul hingga semua bahan sekata.
- Masukkan cili padi, serai, daun limau purut dan kacang panjang.
- Masak seketika dan tutupkan api.
- Sotong Phat Phet Thai siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nurul Ateekah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi