Netizen Telur

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia
Jawatan Kosong baker & pastry

Walaupun lauk yang menggunakan telur sebagai bahan utama ni nampak simple, tapi nikmat makan dengan nasi panas-panas memang layan habis. Cara nak masak dia pun langsung tak renyah. Bak kata orang tu, campak-campak je dah siap youolls! Punyalah senang nak buat.

BACA: Tauhu Telur Bergedil Padat Inti Ayam Cincang, Mudah Berbaloi Sedap

So, apa kata kita cuba buat Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Indonesia yang mudah tapi sedap ini untuk berbuka puasa hari ini? Mesti dah buntu nak masak apa, kan? Jomlah kami tunjukkan resepi istimewa yang dibawa khas oleh Puan Nurul Ateekah ini.

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Indonesia

Bahan-bahan:

  • 8 biji telur (direbus dan dibuang kulit)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 10 batang cili padi hijau
  • 3cm lengkuas (dihiris halus)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 700ml santan segar
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Minyak masak
  • 1-2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3cm halia (dikisar)
  • 3cm kunyit hidup (dikisar)
  • 3 batang cili besar hijau (dikisar)
  • 10 batang cili padi hijau (dikisar)
  • 7-10 batang cili kering (direbus & dikisar)

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Cara Memasak:

  1. Goreng telur rebus tadi selama lebih kurang 1-2 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
  3. Dengan api perlahan, masukkan santan dan gaulkan hingga sedikit kering.
  4. Seterusnya, masukkan serai, lengkuas, cili padi hijau, tomato, daun lima purut dan daun kunyit.
  5. Gaul lagi dan tunggu masak sehingga pecah minyak.
  6. Taburkan garam dan serbuk perasa. Kemudian, gaul rata.
  7. Masukkan telur yang telah digoreng dan biarkan masak seketika. Tutup api dan angkat.
  8. Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Indonesia siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Fuhhh Berpeluh! Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Asli Ala-Ala Indonesia

Sumber: Facebook Nurul Ateekah via MasakApaHariNi

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes