Dengan cuaca Malaysia yang terik sejak kebelakangan ni, memang best bila ‘pekena’ dessert yang lain daripada lain. Kepada penggemar kopi dan Milo dekat luar sana, pernah tak anda terfikir untuk gabungkan kedua-dua minuman ini? Haaa dengar macam pelik tapi anda kena rasa sendiri dahulu baru percaya nikmat kelazatannya!
BACA: Jom Basahkan Tekak Dengan Air ‘Detox’ Sirap, Sangat Mudah & Menyegarkan!
Ia berikan visual 2 layer yang boleh memikat mata sesiapa je. Memang hipster betul! Bila minum pula, perghhh terasa nikmat sungguh! Dah telan air liur ke tu? Jom ikut cara mudah nak buat Air LoPi daripada saudari Reen Aminuddin ni.
Resepi Pembasah Tekak LoPi
Bahan-bahan:
- 1 uncang kopi kampung
- 3 sudu besar serbuk Milo
- 1/2 cawan air panas
- 1/2 cawan susu segar
- 2 sudu besar susu pekat
- Ais batu secukupnya
- Whipped cream
- Coklat drizzle
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, rendamkan 1 uncang kopi kampung bersama air panas dan 3 sudu besar serbuk Milo.
- Kacau dan ketepikan terlebih dahulu.
- Tuangkan 1/2 cawan susu segar dan 2 sudu besar susu pekat di dalam cawan berasingan.
- Pukul menggunakan hand mixer hingga sebati.
- Kemudian, isikan ais secukupnya di dalam gelas kaca yang tinggi.
- Tuangkan susu yanag dipukul bersama campuran air kopi di atasnya.
- Akhir sekali, paipkan whipped cream dan hiaskan dengan coklat drizzle.
- Air LoPi siap untuk diminum. Selamat mencuba!
@boss.reen Siapa pernah try LoPi? Sedap weyh!! #RamadanMubarak #SeleraRamadan #TiktokGuru #LearnOnTiktok #JomBelajar #LaparKeTuw
Sumber: Tiktok boss.reen
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi