Kuih Muih Netizen

Gebu Di Luar, Manis Di Dalam – Begini Rupanya Cara Buat Kuih Tepung Gomak

Gebu Di Luar, Manis Di Dalam – Begini Rupanya Cara Buat Kuih Tepung Gomak
Jawatan Kosong baker & pastry

Kuih Gomak ialah sejenis kuih tradisional yang cukup terkenal di sebelah pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Teksturnya yang lembut dan sedikit kenyal menjadi kegemaran ramai.

BACA: Resepi Kuih Bingka Ubi Kayu Lemak Manis, Menu Wajib Untuk Berbuka

Di bahagian luar kuih ini disaluti tepung kacang hijau manakala, dalamnya dipenuhi dengan inti kelapa manis. Kuih ini agak sukar dijumpai di mana-mana kedai atau warung biasa. Apa kata anda cuba buat sendiri di rumah? Resepi yang dikongsi oleh saudara Srezuan Nazlan ni cukup mudah dan bahan pun senang didapati di pasaraya. Selamat mencuba!

May be an image of dessert

May be an image of dessert

Resepi Tepung Gomak

Bahan-bahan: Doh

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 cawan santan

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, sekalikan tepung pulut dan tepung gandum.
  2. Kemudian, gaul sehingga rata.
  3. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. (Nota: Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras).

Bahan-bahan: Inti

  • 3 cawan kelapa parut putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 sb tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Tepung kacang hijau secukupnya

Cara memasak:

  1. Masakkan gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut dan tapiskan.
  2. Tambahkan kelapa parut dan masak hingga hampir kering.
  3. Kemudian, masukkan bancuhan tepung gandum.
  4. Masak menggunakan api yang perlahan dan kacau rata sehingga intinya sedikit Iembab.
  5. Setelah itu, angkat dan sejukkan.
  6. Di dalam kuali yang berasingan, sangaikan dan ayak tepung kacang hijau.

Cara penyediaan:

  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Ambil sedikit doh, masukkan inti secukupnya dan bulatkan ia.
  3. Masukkan doh ke dalam periuk berisi air yang mendidih tadi.
  4. Rebus sehingga doh timbul.
  5. Apabila doh sudah timbul, angkat dan toskan.
  6. Kemudian, golekkan dalam bekas berisi tepung kacang hijau sambil tekan perlahan-lahan supaya doh menjadi leper.
  7. Sedia untuk dinikmati.

May be an image of food

May be an image of food

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook