Netizen Ikan snek

Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga

Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga
Jawatan Kosong baker & pastry

Anak-anak memang suka makanan yang berbentuk bebola, jejari atau apa-apa yang mudah dipegang dan dimakan. Teksturnya yang kenyal jadikan ia enak dan lazat dijamah dengan pelbagai gaya hidangan. Selain dapat berjimat, kalau mahir buat sendiri dekat rumah pun boleh jamin khasiat dan kesegarannya untuk seisi keluarga.

BACA: Resepi Chicken Cake Guna Air Fryer, Enak Dimakan Ikut Cara Ala Ala Korea

Jangan risau, cara nak membuatnya cukup mudah, gentel-gentel saja pun dah jadi. Kebetulan ke pasar membeli ikan tenggiri tu, bolehlah beli lebih untuk buat resepi Fish Ball hasil perkongsian Puan Saufiyah Abd Wahid ini. Okey, jom mula!

Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga

 

Resepi Fish Ball

Bahan-Bahan:

  • Isi ikan tenggiri
  • Lada hitam
  • 2-3 biji bawang merah

Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, tumbuk lumat lada hitam bersama bawang merah.
  2. Kemudian, tumbukkan pula isi ikan. (Nota: Tidak perlu tumbuk sehingga lumat, cukup sekadar teksturnya yang sedikit hancur. Jika dikisar, ikan akan menjadi terlalu lembik dan perlu ditambah tepung)
  3. Seterusnya, gabungkan bersama isi ikan dan lada hitam serta bawang merah. Gaul hingga sebati.
  4. Gentelkan adunan kepada bentuk bulat menggunakan tangan yang basah supaya senang dibentuk.
  5. Rendamkan ke dalam mangkuk yang berisi air sebelum direbus dan dimasak sup.
  6. Fish Ball siap untuk dimasak dengan sup atau apa-apa jenis menu yang anda suka. Selamat mencuba!

Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga

Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga

Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga

Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga

Gentel-Gentel Jadi, Cara Buat Fishball Homemade Segar Untuk Seisi Keluarga

Sumber: Facebook Saufiyah Abd Wahid via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram