Ikan Netizen

Gulai Lazat Ikan Termenung Piau, Resepi Original Oghang Utara!

Gulai Lazat Ikan Termenung Piau, Resepi Original Oghang Utara!
Jawatan Kosong baker & pastry

Gulai Termenung memang sangat famous terutamanya negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia. Ikan termenung tu ialah panggilan bagi ikan kembung utara sana. Kalau anda nak tahu, orang Kedah panggil gulai ni kari, tau. Jangan confused pula.

BACA: Rasa Macam Kat Kedai, Mudah Rupanya Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai!

Toksah duk pening-pening dah sebab anda boleh ikut resepi original gulai Kedah daripada Encik Khairul Abdullah ini. Tips rahsia kalau nak tahu gulai tu power atau tidak, lepas makan cuba cuci tangan dengan satu botol sabun. Kalau bau still melekat, memang confirm lazat! Selamat mencuba.

May be an image of food

Resepi Gulai Ikan Termenung Piau

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan temenung/kembung yang telah dibersihkan
  • 1 paket kecil serbuk rempah kari
  • 3 ulas bawang kecil (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang kecil (dimayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • 7 batang bendi (dibersihkan dan dipotong kepala)
  • 1 biji cili merah (dibelah)
  • 1 hingga 2 biji tomato (dibelah 8)
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 hingga 3 cawan air
  • 3 hingga 4 sudu minyak masak

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil, bawang putih, halba campur, daun kari sehingga garing dan naik bau.
  2. Sementara tu, campurkan serbuk kari dengan sedikit air.
  3. Masukkan bawang kecil dan bawang putih yang ditumbuk. Gaulkan sebati.
  4. Apabila bahan tumisan sudah garing elok, masukkan pes rempah kari tadi dan kacau sampai pecah minyak. (Nota: Pastikan ia sudah pecah minyak).
  5. Kemudian masukkan santan, air, garam, asam jawa dan kacau sebati.
  6. Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Apabila kuah sudah mendidih, boleh perlahankan api dan kacau sekejap.
  8. Kemudian, masukkan ikan dan bendi.
  9. Biarkan mendidih lagi sekali lagi dan tambahkan tomato.
  10. Biarkan selama seminit dan tutup api.

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook