Kalau singgah ke kopitiam, Roti Kaya Butter memang antara menu wajib cuba! Kiranya macam best seller gitu. Kombinasi antara roti bakar bersama teh o panas, memang syiokk betul. Tapi disebabkan PKP, banyak kedai yang terpaksa tutup. Kalau tapau bawa balik pun, rasanya kurang padu.
BACA: Resepi Roti Paung Terengganu Paling Lembut, Nikmat Dicicah Teh O Panas!
Jangan risau kerana hari ni, kami ingin kongsikan resepi mudah daripada Puan Ziera Xiera yang hanya guna 3 bahan utama je. Tekstur roti yang rangup di luar bersama inti kaya dan butter memang bikin orang kecur liur weh! Bukan kanak-kanak je yang suka, orang dewasa pun mesti teruja. Haaa mesti dah tak sabar kan? Okay jom mula!
Resepi Roti Kaya Butter
Bahan-bahan:
- Roti
- Kaya
- Mentega
Cara membuat:
- Pertama sekali, potongkan bahagian tepi roti.
- Kemudian, potong roti kepada 2 bahagian.
- Selepas itu, sapukan kaya. (Nota: Lebihkan kaya untuk rasa lebih lazat).
- Potongkan mentega kepada 3 bahagian kecil (Nota: Pastikan mentega masih keras).
- Letakkan mentega yang dipotong kecil di atas roti.
- Panaskan ketuhar dan bakar roti pada suhu 200 darjah selama 10-15 minit. (Nota: Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan).
- Roti Kaya Butter siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Ziera Xiera via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi