Lauk Netizen

Guna Santan & Isi Ikan, Ini Rupanya Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Kelantan

Guna Santan & Isi Ikan, Ini Rupanya Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Kelantan
Jawatan Kosong baker & pastry

Kerabu Pucuk Paku antara hidangan terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya, ada banyak variasi untuk memasak makanan seperti ini. Selain makan dengan nasi, ratah gitu pun memang layan habis!

BACA: Ini Dia Resepi Mi Rebus Utara Original, Enak Dimakan Sama Kuah Pekat & Kaw

Uniknya Kerabu style Kelantan ni sebab kita gunakan santan dan isi ikan sebagai bahan utama. Jom ikuti resepi yang dikongsi oleh saudara Syahir Musafir yang sangat mudah untuk disediakan ni. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Makanan simple macam ni lagi buat suami berselera nak makan, tau!

May be an image of food, indoor and text that says "Syahr Musafir"
Kredit Foto: Syahr Musafir

Resepi Kerabu Pucuk Paku Kelantan

Bahan-bahan:

  • Isi ikan kembung (direbus)
  • Cili merah
  • Serbuk black pepper
  • Sayur pucuk paku
  • Isi kelapa (disangai)
  • Santan
  • Limau nipis
  • Cili
  • Bawang merah (ditumbuk)

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, celurkan sayur pucuk paku yang telah dibersihkan. (Nota: Pastikan air betul-betul mendidih sebelum celur untuk kekalkan warna hijau pucuk paku).
  2. Kemudian, toskan air dan biarkan ia mengering.
  3. Selepas itu, rebuskan ikan kembung sehingga masak dan toskan air.
  4. Tumbuk isi ikan hingga lumat.
  5. Perasakan dengan sedikit gula dan garam. (Nota: Boleh masukkan sedikit cuka mengikut citarasa anda).
  6. Tambahkan sedikit santan.
  7. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  8. Perahkan sedikit limau nipis.
  9. Apabila sudah cukup rasa, boleh sejukkan ke dalam peti ais terlebih dahulu.
  10. Kerabu Pucuk Paku Kelantan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Guna Santan & Isi Ikan, Ini Rupanya Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Kelantan
Kredit Foto: Syahr Musafir
May be an image of food and text that says "Syahr Musafir"
Kredit Foto: Syahr Musafir
May be an image of food and text that says "Syahr Musafir"
Kredit Foto: Syahr Musafir
May be an image of food, indoor and text that says "Syahr Musafir"
Kredit Foto: Syahr Musafir
May be an image of food, indoor and text
Kredit Foto: Syahr Musafir
May be an image of food and text that says "Syahr Musafir"
Kredit Foto: Syahr Musafir
May be an image of food
Kredit Foto: Syahr Musafir
May be an image of food and text that says "Syahr Musafir"
Kredit Foto: Syahr Musafir

Sumber: Facebook Syahr Musafir

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook