snek Netizen

Hanya 2 Bahan Saja Untuk Dapatkan Bawang Goreng Rangup, Sepantas 15 Minit!

Hanya 2 Bahan Saja Untuk Dapatkan Bawang Goreng Rangup, Sepantas 15 Minit!
Jawatan Kosong baker & pastry

Tidak dapat dinafikan, bawang goreng ialah hidangan sampingan yang simple tapi boleh memberikan nikmat yang luar biasa! Makanan seperti bihun sup, mee goreng, soto dan nasi goreng memang sesuai untuk makan bersama bawang goreng. Ratah kosong pun boleh habis sebalang.

BACA: Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi

Kalau beli dekat kedai, kadang-kadang dapat yang lembik dan lemau. Spoil betul. Apa kata korang try buat sendiri di rumah? Hari ni, kami ingin share kepada anda resepi perkongsian daripada Puan Ameera yang hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Tak sampai 15 minit pun boleh siap. Yang penting, rangup ‘krup krap krup krap’.

Hanya 2 Bahan Saja Untuk Dapatkan Bawang Goreng Rangup, Sepantas 15 Minit!
Gambar sekadar hiasan
Hanya 2 Bahan Saja Untuk Dapatkan Bawang Goreng Rangup, Sepantas 15 Minit!
Gambar sekadar hiasan

Resepi Bawang Goreng Rangup

Bahan-bahan:

  • Bawang kecil merah
  • 1 sudu kecil garam

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, anda harus kupaskan kulit bawang kecil merah.May be an image of text that says "Bawang kecil merah ibu beli Rm5.00"
  2. Kemudian, cucikan bawang tersebut sehingga bersih.
  3. Selepas itu, hiriskan nipis-nipis supaya senang dimakan.May be an image of text that says "Hiris nipis nipis begini"
  4. Panaskan minyak masak.
  5. Pastikan minyak masak yang disediakan banyak supaya bawang tersebut boleh tenggelam.
  6. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang yang telah dihiris.
  7. Terus ambil garam sedikit dan taburkan ke atas bawang yang sedang dimasak.
  8. Goreng sehingga kekuningan (harus sentiasa jaga kerana tak nak bawang hangit).May be an image of text that says "Dah kekuningan angkat macam ye. ni"
  9. Apabila bawang sudah kekuningan dan naik bau, boleh diangkat.
  10. Ketepikan terlebih dahulu di atas tisu untuk menyerap minyak.
  11. Setelah sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas.
  12. Selamat menjamu selera!No photo description available.

Sumber: Facebook Ameera

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes