Antara masalah yang sering dihadapi oleh mak-mak bila berada di dapur adalah singki tersumbat. Mana tidaknya, setiap hari, kita gunakannya untuk aktiviti masak dan mencuci. Oleh itu, sisa makanan dan bekas minyak pasti masuk dan akhirnya terkumpul hingga menyebabkan ia tersangkut.
BACA: [VIDEO] Jangan Dibuang, Guna Kaedah Ini Untuk Simpan Tauge Tahan Lama
Kalau panggil tukang paip…kos baik pulih boleh jadi sangat mahal
Apabila masalah ini berlaku, semua kerja automatik tergendala. Pinggan, mangkuk, periuk confirm bertimbun dalam air bertakung yang tidak bersih. Kos untuk dapatkan bantuan tukang paip juga bukan murah, dan bergantung pada tahap kerosakan juga. Jadi macam mana nak atasi masalah ni?

Tak perlu buang tenaga guna pam… Hanya guna garam, baking soda dan cuka je
Menerusi akaun Tiktok @ohmybunda, mereka berkongsi cara mudah untuk selesaikan masalah tersebut dan hanya perlukan 3 bahan saja. Masukkan garam dan baking soda ke dalam singki yang tersumbat. Kemudian, tuangkan cuka dan masukkan air panas. Tunggu seketika, dan singki anda sudah boleh digunakan seperti biasa.
@ohmybunda TIPS APABILA SINKI TERSUMBAT #FYP #foryou #fypdongggggggg #ohmybunda
Boleh habis garam dibuatnya…Tak pernah tak terhibur dengan dorang ni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni. Selain tu, mereka turut terhibur dengan gelagat comel dua wanita dalam paparan video tersebut.
Sumber: Tiktok ohmybunda
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi