Kalau cakap saja pasal cheesekut, kita semua boleh meleleh air liur bila bayangkan rasa manis berlemak keju yang dilapisi biskut itu. Dihidangkan pula sejuk-sejuk, memang layan sungguh!
BACA: Cara Buat Mango Cheesecake Tanpa Oven, Setiap Suapan Pasti Teringat-ingat!
Pencuci mulut ini menjadi kegemaran ramai kerana cara membuatnya mudah dan tak perlu bakar. Kadang-kadang beli di pasaraya atau kedai pun, fuhhh boleh tahan harganya. Uniknya resepi kali ini, ia berikan visual pelangi. Jom ikut perkongsian oleh Puan Ada Suhaq yang hanya menggunakan 5 bahan saja.
Resepi Rainbow Saltcheesekut
Bahan-bahan:
- 500g cream cheese
- 3/4 tin susu pekat
- Susu full cream
- Saltcheese biskut
- Sedikit serbuk nestum
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masukkan 500g cream cheese, 3/4 tin susu pekat manis, susu full cream ke dalam mixer. (Nota: Boleh juga gunakan pengisar jika tiada mixer).
- Kemudian, pukulkan semua bahan sehingga kembang dan sebati.
- Asingkan adunan cheese ke dalam 5 bekas kecil yang berasingan.
- Tambahkan pewarna kuning, pink, ungu, hijau dan turquoise. (Nota: Boleh tambahkan pewarna ikut citarasa anda).
- Setelah itu, sediakan satu bekas besar untuk letakkan bahan-bahan cheesekut.
- Selepas itu, celupkan saltcheese biskut ke dalam susu full cream. (Nota: Hanya celup sekejap saja untuk elakkan biskut menjadi lembik).
- Kemudian, susun ke dalam bekas untuk membuat lapisan pertama.
- Tambahkan adunan cheese yang mempunyai pewarna tadi ke atas lapisan biskut. (Nota: Ulangi langkah-langkah ini sehingga habis biskut dan cheese).
- Tambahkan serbuk nestum di atas lapisan yang sudah siap.
- Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
- Rainbow Saltcheesekut siap untuk dimakan! Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Ada Suhaq via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi