Tidak dapat dinafikan, Mi Rebus Utara memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia lagi-lagi dengan kuahnya yang pekat. Memang terangkat! Rasa manis-manis daging yang menyerap pelbagai aroma serta rasa sangat memikat selera sesiapa sahaja.
BACA: Laksa Siam Sedap Memikat, Semudah 123 Dah Boleh Siap Untuk Berbuka Puasa
Hidangan ni sangat sesuai dijadikan menu berbuka puasa kerana meriah dengan isi daging, mi dan segala jenis sayuran. Selalu beli dekat bazar pun dapat kuah yang cair dan jernih. Terbantut selera betul! Jangan risau kerana anda boleh try resepi hasil perkongsian daripada saudara Saiful Nasuhah. Confirm sedap tak terkata.
Resepi Mi Rebus Utara
Bahan-bahan:
- Daging
- 3 batang ubi keledek (direbus dan dikisar)
- 3 biji ubi kentang (direbus dan dikisar)
- 6 tangkai cili kering (direbus)
- Sedikit kacang (disangai dan dikisar kering)
- 1 batang serai (dititik)
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- Sedikit udang kering
- Sedikit rempah kari daging
Bahan hiasan:
- Telur rebus
- Daun sup
- Daun bawang
- Cili besar (dihiris serong)
- Bawang goreng
- Takua
- Taugeh
- Limau nipis
Cara memasak:
- Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk. (Nota: Jangan buang air rebusan).
- Kisarkan ubi keledek dan ubi kentang yang telah direbus.
- Setelah itu, kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit udang kering.
- Kemudian, tumiskan serai, rempah kari daging dan bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.
- Tuangkan ubi kisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging.
- Masukkan kacang dan tambah sedikit air. (Nota: Sukatan air mengikut kepekatan kuah yang anda inginkan).
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Masak hingga kuah menjadi pekat dan tutupkan api.
Cara penyediaan:
- Letakkan mi dan bahan hiasan ke dalam mangkuk mengikut citarasa anda.
- Tambahkan kuah yang pekat.
- Mi Utara siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Saiful Nasuha via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi