Minuman Netizen

Jom Basahkan Tekak Dengan Air ‘Detox’ Sirap, Sangat Mudah & Menyegarkan!

Jom Basahkan Tekak Dengan Air ‘Detox’ Sirap, Sangat Mudah & Menyegarkan!
Jawatan Kosong baker & pastry

Ramai yang beranggapan air detox mempunyai rasa tawar atau terlampau masam. Sebenarnya, anda boleh mengolah resepi pembasah tekak ni mengikut citarasa sendiri. Jangan risau kerana kami ingin kongsikan menu istimewa air detox daripada saudari Qasey ini.

BACA: Cara Mudah Buat Air Milo Cincau, Sedap Gila Boleh Buat Untuk Air Berbuka

Gabungan padu antara daun pudina, lemon dan biji selasih tentunya berikan rasa yang fresh dan menyegarkan. Bila diminum tu, dapat pula rasa tekstur kenyal dan manis Nata De Coco. Fuhh boleh buat orang ketagih beb! Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak dan senang dijumpai di pasaraya. Jom kita mula!

Jom Basahkan Tekak Dengan Air ‘Detox’ Sirap, Sangat Mudah & Menyegarkan!
Kredit Foto: Qaseyhoney
Jom Basahkan Tekak Dengan Air ‘Detox’ Sirap, Sangat Mudah & Menyegarkan!
Kredit Foto: Qaseyhoney

Resepi Air ‘Detox’

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar gula
  • 1 tin laici
  • 1 sudu besar biji selasih
  • Segenggam daun pudina
  • 1 biji lemon (dihiris nipis)
  • 3 cawan air sirap.
  • 1 sudu besar Nata De Coco
  • Ais batu secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, bancuh air sirap dengan sedikit air panas dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Kemudian, campur gula bersama air panas di dalam bekas.
  3. Tambahkan laici dan biji selasih.
  4. Selepas itu, masukkan segenggam daun pudina bersama lemon yang telah dihiris.
  5. Tambahkan air sirap yang dibancuh tadi.
  6. Masukkan Nata De Coco dan ais secukupnya.
  7. Kacaukan semua bahan tersebut.
  8. Air ‘Detox’ Sirap siap untuk diminum. Selamat mencuba!
@qaseyhoney

#resepi #airdetox #detoxdrink #foryou #fyp #resepiqaseyhoney #chillwithtiktok #makantime #cmco #tutorialguru #pkpb #tiktokmalaysia @tiktok_malaysia

♬ Teman – Iman Troye

Sumber: Instagram & Tiktok qaseyhoney

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook