Lauk Ikan Netizen Seafood

Jom Berbuka Dengan Pla Rad Pik, Confirm Nasi Bertambah-Tambah!

Jom Berbuka Dengan Pla Rad Pik, Confirm Nasi Bertambah-Tambah!
Jawatan Kosong baker & pastry

Jika pergi ke restoran Thailand, Ikan Masak Tiga Rasa antara salah satu menu wajib yang dipesan. Ikan yang digoreng garing, dituang pula dengan sos yang cukup rasa pedas, masam, dan manis buah nanas tu memang lazat!

BACA: Resepi Ikan Masin Kurau Cili Kering, Tak Payah Lama Di Dapur

Sebenarnya, nama lain untuk Ikan Masak Tiga Rasa adalah Pla Rad Pik. Menu asli daripada Thailand ni confirm buat orang ramai meleleh air liur. Mudah sahaja nak buat resepi sedap dan padu ni, tau. Jom ikuti perkongsian Dr. Kamarul Ariffin ni. Kalau makan dengan nasi putih, pasti bertambah-tambah. Keluarga pun mesti suka!

May be an image of food

Resepi Pla Rad Pik

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (Saiz sederhana)
  • 1 labu bawang putih
  • 5 tangkai cili padi merah
  • 5 tangkai cili padi hijau
  • Daun ketumbar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar pes asam jawa
  • 2 hingga 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar gula nipah
  • Sedikit garam dan gula

May be an image of indoor

May be an image of food

Cara memasak: Ikan

  • Pertama sekali, belah ikan dan ‘kepakkan’.
  • Bedakkan ikan siakap dengan tepung jagung dan sedikit garam.
  • Tuangkan minyak ke dalam kuali dan pastikan betul-betul panas.
  • Goreng sehingga ikan masak dan kulit menjadi garing.
  • Selepas itu, toskan minyak dan ketepikan terlebih dahulu.

May be an image of food

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

Cara memasak: Kuah Pla Rad Pik

  1. Cincangkan bawang putih dan cili padi sehingga halus. (Nota: Jika anda tak suka pedas, boleh gantikan dengan cili besar).
  2. Kemudian, tumis sehingga naik bau.
  3. Tambahkan satu sudu besar gula dan sedikit air asam jawa.
  4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sos ikan dan gula nipah. (Nota: Boleh gantikan gula nipah dengan gula melaka).
  5. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar.

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food

Cara penyediaan:

  1. Letakkan ikan yang siap digoreng di atas pinggan.
  2. Tuangkan kuah tadi di atasnya.
  3. Pla Rad Pik siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook