Takoyaki merupakan antara street foods dari Jepun yang sangat terkenal. Taburan bonito flakes bersama mayonis dan sos istimewa memang ‘ketagih’ dan susah nak berhenti makan. Kalau beli di luar, harganya pun boleh tahan mahal.
BACA: Suri Rumah Wajib Cuba Buat Menu Tahuyaki, Boleh Jual Jana Side Income
Untuk meriahkan suasana rumah sepanjang lockdown, apa kata anda cuba buat resepi Takoyaki daripada Puan Norliza Razali ni? Yang penting, gerenti puas hati sebab boleh letakkan isi hingga penuh! Anak-anak pun teruja dihidangkan menu special dan padu ni!
Resepi Takoyaki
Bahan-bahan: Adunan Takoyaki
- 1 cwn tepung gandum
- 1 1/2 s.b tepung jagung
- 2 biji telur
- 1 cwn air
- 1 s.b serbuk stok ayam
- 1 s.k garam
- 2 s.b minyak masak
- 1 s.k baking powder
Bahan-bahan: Inti
- Sotong, udang, crab stick, sosej
- Daun bawang (dihiris nipis)
- Kobis bulat (dihiris halus)
- Lobak merah (dihiris halus)
Bahan-bahan: Sos Takoyaki
- 1/2 cwn sos tomato
- 1/2 cwn air
- 1/2 cwn kicap
- 1 s.b tepung jagung
- 1/2 cwn gula
- Madu
Cara membuat: Adunan Takoyaki
- Campurkan tepung gandum, tepung jagung, telur, air, stok ayam, garam, minyak masak dan baking powder di dalam bekas besar.
- Kacau hingga semua bahan sebati dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Cara memasak: Takoyaki
- Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak disetiap lubang.
- Curahkan adunan ke dalam lubang hingga separuh penuh.
- Letakkan inti sotong/udang/crab stick/sosej dalam setiap lubang.
- Taburkan lobak merah, daun bawang dan kobis.
- Curahkan lagi adunan hingga penuh.
- Pusingkan bebola takoyaki supaya masak sekata.
- Renjiskan sedikit minyak masak di celah acuan untuk elakkan takoyaki melekat.
- Masak hingga bertukar warna keperangan dan boleh angkat takoyaki.
Cara membuat: Sos Takoyaki
- Panaskan kuali dan campurkan sos tomato, air, kicap manis, gula dan madu.
- Tambahkan tepung jagung dan masak hingga mendidih. (Nota: Gunakan api perlahan).
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum tuang ke dalam botol bermuncung tiga.
Cara penyediaan:
- Ambilkan beberapa biji takoyaki dah letakkan di atas pinggan.
- Tambahkan kepingan cheese dan tuang mayonis, bonito flakes bersama sos takoyaki tadi.
- Takoyaki siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Norliza Razali via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi