Ayam Food Style Netizen

Jom Masak Nasi Ayam Penyet Ekspres, Sedap ‘Dilawan’ Dengan Sambal Gesek!

Jom Masak Nasi Ayam Penyet Ekspres, Sedap ‘Dilawan’ Dengan Sambal Gesek!
Jawatan Kosong baker & pastry

Nasi Ayam Penyet memang menjadi kegemaran ramai sejak dulu lagi. Hidangan yang berasal dari Indonesia ini popular kerana lengkap ada lauk ayam, sup dan tempe. ‘Dilawankan’ pula dengan sambal gesek yang ‘power’, confirm berpeluh beb!

BACA: Ayam Goreng Udang Har Cheong Gai, Gigitan Pertama Pasti Buat Jatuh Cinta

Paling best, aroma ayam yang digoreng hingga garing tu dapat membuka selera sesiapa sahaja. Crispy di luar, kekal juicy di dalam. Fuhhh memang mantap! Apa kata anda masak sendiri di rumah, ikut saja resepi Nasi Ayam Penyet Ekspres oleh Puan Raja Amanina ini. Gerenti sedap tak terkata!

May be an image of food
Kredit Foto: Raja Amanina

Set Nasi Ayam Penyet Ekspres

Bahan-bahan: Perapan Ayam

  • Ayam (dipotong 4)
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 s.b. ketumbar
  • 1 s.b. jintan manis
  • 2 s.b. tepung beras
  • 2 s.b. serbuk kari
  • Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan: Cili Gesek

  • 1 genggam cili padi
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Ikan bilis
  • 1 inci belacan
May be an image of food
Kredit Foto: Raja Amanina

Bahan-bahan: Sup Kosong

  • Kaki ayam
  • Sup bunjut
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam
  • Daun sup

Cara memasak: Ayam Penyet

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit, ketumbar dan jintan.
  2. Kemudian, tuang bahan yang dikisar di dalam bekas berisi ayam.
  3. Tambahkan tepung beras bersama serbuk kari dan gaul hingga ayam disaluti semua bahan.
  4. Perapkan dalam tempoh 1 jam dalam peti sejuk.
  5. Apabila siap diperap, panaskan minyak di dalam kuali.
  6. Goreng ayam hingga garing.
May be an image of food
Kredit Foto: Raja Amanina
May be an image of food, indoor and text that says "Amanina Raja"
Kredit Foto: Raja Amanina

Cara memasak: Cili Gesek

  1. Kisarkan cili padi, cili merah, tomato, bawang besar, bawang merah, ikan bilis dan belacan. (Nota: Jangan kisar sehingga hancur).
  2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  3. Apabila sudah naik bau, masukkan sedikit air asam jawa.
  4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  5. Kacau rata dan boleh tutupkan api.
  6. Isi di dalam bekas kecil.

Cara memasak: Sup Kosong

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan kaki ayam, air dan sup bunjut.
  3. Masak hingga kaki ayam bertukar empuk dan perasakan dengan sedikit garam.
  4. Akhir sekali, taburkan daun sup di atasnya.

Cara penyediaan:

  1. Sendukkan nasi di atas pinggan kaca.
  2. Ambil ayam yang digoreng bersama sambal gesek sedikit.
  3. Tuangkan sup di atasnya.
  4. Nasi Ayam Penyet siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
May be an image of food and indoor
Kredit Foto: Raja Amanina

Sumber: Facebook Raja Amanina via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook