snek Netizen

Jom Meriahkan PKP 3.0 Dengan Snek Ubi Kentang Tornado Ni!

Jom Meriahkan PKP 3.0 Dengan Snek Ubi Kentang Tornado Ni!
Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau singgah ke pasar malam, Ubi Kentang Tornado antara kudapan yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Rasa rangup kentang bersama sos dan mayonis memang sedap! Untuk meriahkan PKP 3.0 di rumah, apa kata anda cuba resepi daripada saudari Ain Aziz ni?

BACA: Resepi Kentang Bakar Gratin, Gabungan Rasa Lemak Krim Butter & Cheese

Yang paling best, tak perlu guna sebarang mesin pun tapi hasilnya sama padu! Boleh tambahkan serbuk cili dan lada hitam untuk sesuaikan dengan citarasa orang dewasa. Caranya sangat ringkas dan boleh guna bahan-bahan yang ada di rumah je. Kalau makan sambil tengok TV, confirm layan beb!

Jom Meriahkan PKP 3.0 Dengan Snek Ubi Kentang Tornado Ni!
Kredit Foto: Cookby_ain
Jom Meriahkan PKP 3.0 Dengan Snek Ubi Kentang Tornado Ni!
Kredit Foto: Cookby_ain

Resepi Ubi Kentang Tornado

Bahan-bahan:

  • 3 biji ubi kentang
  • 2 s.b. butter
  • 1 s.b. serbuk cili
  • 1 s.k. lada hitam
  • 1 s.b. serbuk parsley
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sedikit garam
  • Lidi

Cara memasak:

  1. Basuhkan ubi kentang hingga bersih dan rendam di dalam air seketika. (Nota: Untuk biarkan ubi kentang lembut dan senang dicucuk dengan lidi).
  2. Kemudian, cucukkan dengan lidi dan potong secara menyerong hingga habis.
  3. Renggangkan ubi kentang secara memanjang dan ketepikan terlebih dahulu.
  4. Sementara itu, campurkan butter, bawang putih, serbuk cili, lada hitam, serbuk parsley dan sedikit garam.
  5. Gaulkan semua bahan dan sapu di atas kentang yang dipotong tadi.
  6. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 230 darjah selama 20 minit.
  7. Ubi Kentang Tornado siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
@cookby_ain

Say Hi Too Giselle Air Fryer Oven @giselle.appliances 😍 #tiktokchef #tiktokguru #fyp #easyrecipe #easycooking #potato #potatotornado #foodviral

♬ Sleepy Time Beats – Redpestbeats

Sumber: Instagram & Tiktok cookby_ain

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook