Minuman Netizen

Jom Try Dalgona Sirap Manis Berkrim, Rawat Hati Gundah Tak Balik Raya!

Jom Try Dalgona Sirap Manis Berkrim, Rawat Hati Gundah Tak Balik Raya!
Jawatan Kosong baker & pastry

Walaupun PKP datang lagi, pasti ramai yang teringin cuba resepi unik untuk meriahkan suasana di rumah. Jika anda sudah buat Dalgona Coffee waktu PKP tahun lepas, apa kata try pembasah tekak Dalgona Sirap pula kali ni? Mana tahu, at least dapat rawat hati yang gundah tak dapat raya di kampung halaman.

BACA: Jom Basahkan Tekak Dengan Air ‘Detox’ Sirap, Sangat Mudah & Menyegarkan!

Gabungan mantap rasa manis dan lemak whipping cream, susu full cream dan sirap confirm boleh legakan tekak! Warna merah jambunya pun bikin ramai tertarik nak hirupnya! Jom ikuti resepi mudah daripada saudari Shazlin Shamira ini. Lepas dah siap, boleh upload gambar air hipster ni dekat media sosial juga!

Jom Try Dalgona Sirap Manis Berkrim, Rawat Hati Gundah Tak Balik Raya!

Resepi Dalgona Sirap Manis Berkrim

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1 sudu besar kordial sirap
  • Susu full cream
  • Gula
  • Bunga telang (sebagai hiasan)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, bancuhkan air sirap bersama gula dan air panas.
  2. Selepas itu, tuangkan ke dalam bekas kiub ais dan bekukan di dalam peti sejuk.
  3. Pukulkan 1/2 cawan whipping cream di dalam bekas sehingga kental.
  4. Kemudian, tambahkan 1 sudu besar kordial sirap.
  5. Kacau sehingga ia bertukar menjadi warna merah jambu, kemudian letak tepi terlebih dahulu.
  6. Keluarkan ais kiub sirap yang telah dibekukan.
  7. Isi di dalam gelas kaca sehingga penuh.
  8. Tambahkan susu full cream dan letakkan krim sirap yang dipukul tadi.
  9.  Hiaskan dengan coklat dan bunga telang.
    (Nota: Anda boleh tukarkan hiasan mengikut citarasa sendiri).
  10. Dalgona Sirap Manis Berkrim siap untuk diminum. Selamat mencuba!
@darlinelly

Air for Berbuka #TiktokGuru#LearnOnTiktok#JomBelajar#RamadanMubarak#SeleraRamadan#LaparKeTuw

♬ Fukashigi no Carte Piano Cover – kevinpifo

Sumber: Tiktok darlinelly

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook