Zaman kecil dulu, pasti ramai yang suka makan Roti Krim ni kan? Bukan setakat murah, krimnya yang berlemak manis memang cukup rasa betul! Nak bawa sebagai bekal ke sekolah pun senang. Tapi sekarang, agak susah nak jumpa roti seperti ini di kedai.
BACA: Resepi Mudah Roti Canai Versi Homemade, Confirm Kalah Kedai Mamak
Bagi mengingatkan kembali zaman kanak-kanak, apa kata anda cuba buat Roti Krim sendiri di rumah? Ikut je resepi mudah daripada Puan Irna ni. Bahan yang diperlukan pun tak banyak dan mudah dijumpai di kebanyakan pasaraya. Selain perisa vanila dan coklat, anda juga boleh ubah mengikut citarasa sendiri.
Resepi Roti Krim
Bahan-bahan
- 2 cawan majerin
- 1 1/2 cawan gula kastor
- Roti kosong perisa vanila
- 3 sudu besar Milo
- 3 sudu besar serbuk koko
Cara membuat
- Pertama sekali, masukkan majerin dan gula kastor ke dalam bekas.
- Putar hingga majerin dan gula bertukar kembang dan menjadi warna putih.
- Asingkan adunan kepada 2 bahagian dan letak di dalam bekas berasingan.
- Masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam salah satu bekas dan putar hingga sebati.
- Tuangkan sebatian ke dalam 2 piping bag yang berbeza.
- Kemudian, belahkan roti di bahagian tengah dan paipkan adunan di bahagian roti yang dibelah.
- Roti Krim siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Rantaro Irna via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi