Uncategorized Netizen

Ketuhar Kotor Masak Macam-Macam, Guna Tips Ni Je Dah Bersih Cing Cing!

Ketuhar Kotor Masak Macam-Macam, Guna Tips Ni Je Dah Bersih Cing Cing!
Jawatan Kosong baker & pastry

Bila tiba waktu PKP ni, kalau boleh tiap-tiap hari nak experiment macam-macam resepi baru. Ayam pangganglah, burnt cheesecake, kuih raya homemade dan macam-macam lagi. Naik hangit ketuhar dibuatnya. Haaa masak-masak juga, tapi korang pernah tak jengah apa rupa dalam ketuhar kat rumah tu?

BACA: Risau Cermin Dapur Retak? Tak Guna Air Pun Berkilat Kalau Ikut Tips Ini

Biasa guna je pandai…part nak mencuci tu paling tak reti

Bila dah syok sangat buat macam-macam, secara tak sedar lama-lama boleh jadi kotor pula. Bahaya juga kalau dibiar lama-lama. Bukan sahaja berbau dan berkuman, silap-silap boleh rosak peralatan dapur ni. Jadi, jomlah kita cuci ketuhar ikut tips yang dikongsi oleh Puan Saniza Mohamad ni. Senang je, guna baking soda dah settle masalah.

Ketuhar Kotor Masak Macam-Macam, Guna Tips Ni Je Dah Bersih Cing Cing!

Ketuhar Kotor Masak Macam-Macam, Guna Tips Ni Je Dah Bersih Cing Cing!
Gambar sekadar hiasan

Oh senangnya! Guna baking soda dengan cuka saja

Mula-mula, keluarkan segala perkakasan dalam ketuhar anda dan sementara itu, campurkan 2 sudu teh baking soda bersama air ke dalam mangkuk. Sapukan larutan tersebut pada permukaan ketuhar yang kotor dan biarkan selama lebih kurang 12 jam. Setelah cukup 12 jam, lapkan permukaan ketuhar menggunakan kain sehingga bersih.

Ketuhar Kotor Masak Macam-Macam, Guna Tips Ni Je Dah Bersih Cing Cing!
Gambar sekadar hiasan

Biar proses nak tunggu tu lama…asalkan hasil dia puas hati

Kemudian, semburkan cuka yang telah diisi ke dalam botol spray dan lap sehingga bersih. Untuk permukaan kaca ketuhar, lakukan steps yang sama tetapi biarkan selama 30 minit sahaja. Kemudian, lihatlah hasilnya yang berkilat cing cing cing! Barulah seronok nak baking lagi lepas ni. Selamat mencuba!

Ketuhar Kotor Masak Macam-Macam, Guna Tips Ni Je Dah Bersih Cing Cing!

l

Sumber: Facebook Saniza Mohamad via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram