Pencuci Mulut Netizen

Kreatifnya! Serupa Kek Lapis, Jom Buat Puding Biskut Marie Di Rumah

Kreatifnya! Serupa Kek Lapis, Jom Buat Puding Biskut Marie Di Rumah
Jawatan Kosong baker & pastry

Sepanjang kat rumah musim PKP ni, pasti ada permintaan anak-anak teringin makan pencuci mulut yang sedap kan? Jadi apa kata jom cuba buat Puding Biskut Marie, ikut saja resepi mudah oleh Puan Raja Amanina ini.

BACA: Pelengkap Juadah, Resepi Puding Oreo Milo Yang Simple Tapi Menggoda Selera

Gabungan biskut Marie bersama agar-agar memang boleh buat semua makan non-stop tau! Paling best bila dah siap, rupa yang terhasil sama seperti kek lapis! Silap-silap, boleh buat side income bila dah mahir nanti.

May be an image of dessert
Kredit Foto: Raja Amanina

Resepi Puding Biskut Marie

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut Marie
  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 2 s.b. susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 s.b. butter
  • Esen pandan
  • Esen vanila
  • Sedikit garam
Kreatifnya! Serupa Kek Lapis, Jom Buat Puding Biskut Marie Di Rumah
Gambar sekadar hiasan

Cara membuat:

  1. Campurkan telur, susu cair, santan dan tepung kastard di dalam bekas.
  2. Kemudian, pukul hingga sebati dan ketepikan terlebih dahulu.
  3. Selepas itu, masakkan agar-agar, gula, air dan butter di dalam periuk.
  4. Tambahkan bahan yang dipukul dan masak hingga sedikit pekat.
  5. Masukkan sedikit esen vanila dan garam.
  6. Kacau seketika dan tutupkan api.
  7. Bahagikan adunan di dalam 2 bekas berasingan.
  8. Tambahkan esen pandan dan esen vanila di dalam bekas.
    (Nota: Warna akan bertukar kepada kuning dan merah jambu).
  9. Sapukan sedikit air di dalam loyang.
  10. Tuangkan adunan kuning di dalam loyang sebagai lapisan pertama.
  11. Tambahkan biskut Marie di atasnya dan biarkan ia mengeras seketika.
  12. Tuang pula adunan merah jambu di atas lapisan biskut Marie.
    (Nota: Ulang langkah ini hingga semua adunan habis).
  13. Sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam.
  14. Puding Biskut Marie siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
No photo description available.
Kredit Foto: Raja Amanina
May be an image of text that says "Amanina Amanina Raja"
Kredit Foto: Raja Amanina
May be an image of dessert
Kredit Foto: Raja Amanina
Sumber: Facebook Raja Amanina

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook