Kuih Muih Ikan Netizen

Lah Senangnya Buat Tauhu Sumbat Ikan Kembung, Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

Lah Senangnya Buat Tauhu Sumbat Ikan Kembung, Sekali Makan Pasti Nak Lagi!
Jawatan Kosong baker & pastry

Mesti anda sudah jemu dengan tauhu sumbat ayam atau sayur, kan? Jangan risau sebab hari ni, kami bawakan resepi Tauhu Sumbat Ikan yang confirm bikin ‘ketagih’. Sekali dah makan, pasti nak lagi!

BACA: Resepi Pelangkap Iftar Anda, Sedapnya Sayur Terung & Tauhu Kicap Pedas!

Menariknya, isi ikan kembung akan dicampur bersama tauhu dan digoreng hingga rangup. Jom ikut hasil perkongsian daripada Puan Azlina Linda ni. Cara membuatnya pun tak renyah dan tak perlu berdiri lama kat dapur. Anak-anak pun boleh tolong join sekali!

May be an image of food and indoor

Resepi Tauhu Sumbat Ikan

Bahan-bahan:

  • 10 biji tauhu (dipotong 2)
  • 3 ekor ikan kembung (direbus)
  • Daun sup (dicincang halus)
  • Daun bawang (dicincang halus)
  • Lobak merah (disagat halus)
  • 3 s.k. serbuk perasa
  • Garam
  • Lada sulah
  • 1 biji telur
  • Tepung jagung

Cara membuat:

  1. Potong 10 biji tauhu kepada 2 bahagian dan asingkankan isinya.
  2. Kemudian, campurkan isi tauhu bersama isi ikan kembung, daun sup, daun bawang, lobak merah, serbuk perasa, garam dan lada sulah.
  3. Kacaukan semua bahan hingga sebati.
  4. Sumbatkan bahan yang dikacau ke dalam kulit tauhu hingga habis.

May be an image of food

May be an image of food

Cara memasak:

  1. Campurkan telur bersama tepung jagung dan kacaukan.
  2. Ambil tauhu sumbat dan celupkan ke dalam bancuhan telur.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng tauhu yang sudah dicelup dalam bancuhan telur tadi.
  4. Masak hingga bertukar warna keperangan dan tutupkan api.
  5. Tauhu Sumbat Ikan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook