Netizen Mee

Laksa Siam Sedap Memikat, Semudah 123 Dah Boleh Siap Untuk Berbuka Puasa

Laksa Siam Sedap Memikat, Semudah 123 Dah Boleh Siap Untuk Berbuka Puasa
Jawatan Kosong baker & pastry

Laksa Siam cukup popular di daerah bersempadan dengan negara Thailand contohnya di Padang Besar, Perlis. Tidak dapat dinafikan, laksa ini memang agak susah untuk dijumpai di kedai-kedai makanan biasa.

BACA: Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi

Rasa kuah pekat dan pedas berlemak hasil daripada didihan air ikan dipadankan bersama ulam-ulam yang meriah itu memang menjadi identiti Laksa Siam. Kalau beli laksa dekat bazar, geramnya bila kuahnya ceroi sangat! Tapi kini tak lagi dengan resepi perkongsian saudari Nafsiah Rahim. Jom cuba!

No photo description available.

Resepi Laksa Siam

Bahan-bahan:

  • 1kg ikan
  • 700ml santan kotak
  • Daun limau purut
  • 3 asam keping
  • Serai
  • Laksa halus 500gram (2 paket)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cabai kering
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 cawan air
  • Belacan
  • Sedikit minyak masak

Ulam-ulaman:

  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Daun pudina
  • Timun
  • Kubis
  • Bunga kantan
  • Terung
  • Cabai/limau/telur rebus (Nota: Boleh ikut citarasa anda)
No photo description available.
Sumber gambar Dapoq Nafsiah

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, rebus ikan kembung bersama-sama asam keping.
  2. Kemudian, perisikan isi ikan. (Nota: Ketepikan air ikan untuk dibuat kuah).
  3. Kisarkan bawang merah besar, bawang putih, cabai kering, serai, halia, lengkuas, kunyit, lada hitam, belacan dan sedikit air.
  4. Tumiskan bahan yang telah dikisar  bersama serai yang diketuk dan daun limau purut yang dicarik kedalam periuk sehingga naik bau.
  5. Selepas itu, masukkan santan. (Nota: Sentiasa kacau santan untuk elak daripada hangit).
  6. Kemudian, masukkan isi ikan dan kacau hingga sebati.
  7. Setelah itu, masukkan air rebusan ikan tadi bersama asam keping.
  8. Perasakan sedikit garam dan gula.
  9. Apabila kuah sudah mula mendidih, boleh tutupkan api.
No photo description available.
Sumber gambar Dapoq Nafsiah
No photo description available.
Sumber gambar Dapoq Nafsiah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram