Kuih Muih Netizen

Manis & Gebu, Rupanya Senang Je Buat Keria Gula Melaka Yang Sedap

Manis & Gebu, Rupanya Senang Je Buat Keria Gula Melaka Yang Sedap
Jawatan Kosong baker & pastry

Keria Gula Melaka ialah kuih tradisional yang masih digemari ramai. Gabungan rasa manis dan gebu hasil daripada ubi keledek boleh buat orang makan non-stop! Bentuknya yang kecil dan comel, disaluti pula gula melaka di bahagian luar memang padu!

BACA: Meriahkan Hidangan Meja Raya Dengan Kuih Lapis Keledek Ungu Special Ni!

Ramai yang beranggapan cara penyediaan kuih ini rumit dan leceh. Jangan risau, kerana kami ingin kongsikan resepi mudah daripada Puan Anne yang sangat berbakat dalam masakan. Bahan yang diperlukan pun tak banyak, cuma 4 saja! So anda tak perlu beratur panjang semata-mata nak dapatkan kuih ini, buat sendiri lagi jimat!

No photo description available.

Resepi Keria Gula Melaka

Bahan-bahan: Kuih Keria

  • Ubi keledek
  • Tepung beras
  • Gula melaka
  • Gula biasa

Cara membuat:

  1. Kupaskan kulit ubi keledek dan potong bentuk dadu.
  2. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan ubi keledek yang dipotong.
  3. Letakkan sedikit garam dan rebus sehingga empuk.
  4. Apabila keledek sudah bertukar lembut, angkat dan toskan.
  5. Lenyekkan keledek sehingga hancur.
    (Nota: Lenyekkan keledek ketika masih panas supaya mudah hancur).
  6. Selepas itu, masukkan tepung beras dan gaul hingga sebati.
    (Nota: Tambahkan sukatan tepung beras sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan).
  7. Kemudian, bulatkan ia dan tekan menggunakan jari kelingking untuk jadikan lubang di tengah.

No photo description available.

No photo description available.

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  2. Gorengkan keria sehingga bertukar warna gelap.
  3. Tutupkan api dan ketepikan terlebih dahulu.
  4. Masukkan gula melaka dan gula biasa di dalam kuali yang berasingan.
  5. Tambahkan air dan panaskan hingga air gula menggelegak.
  6. Tutup api dan masukkan keria yang digoreng.
  7. Gaul sehingga air gula menyaluti seluruh keria.
  8. Keria Gula Melaka siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

No photo description available.

No photo description available.

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook